SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Sunday 24 January 2016

Estatika Rumah tradisional Kelantan ciri 1: Pemeleh


Pemeleh adalah sepasang papan yang terletak di kedua-dua hujung bahagian atas tebar layar. Ia diguna untuk menutup kasau lintang atau kasau jantan yang dipanggil pemeleh atau peles. Bentuk pemeleh ini kelihatan serikit melengkung dan meruncing ke atas. Rupa ini memjadi karektor yang kuat dalam senibina rumah-rumah di Kelantan, Terengganu serta Patani di Selatan Thai. Usia dan kewujudan pemeleh jenis ini pada rumah melayu pantai timur seusia dengan kewujudan orang Melayu pantai timur dalam penggunaan bumbung jenis panjang.

     

Simbolisme Pemeleh

Pemeleh dikatakan mempunyai bentuk seperti ukiran bangau yang terdapat pada perahu-perahu nelayan tempatan, Motif bangau ini melambangkan semangat,perlindungan dan keselamatan untuk nelayan-nelayan di laut dan motif yang digunakan untuk rumah.(TEOM: Architecture 1998:27). Menurut Nakula(1985:54-61) pula menyatakan pemeleh bererti "penghias". Selain erti penghias beliau juga memyatakan perlambangan pemeleh seperti anggota tubuh manusia iaitu kepala dan tangan.


Selain itu pemeleh juga membawa perlambangan "Zat Allah"yang terpancar 2 sifat Allah Ta'ala iaitu "jalal" dan "jamal" yang memacar kearah kanan(Jamal) dan Kiri (Jalal). 

2 sifat Allah Ta'ala iaitu "jalal" dan "jamal" yang memacar kearah kanan(Jamal) dan Kiri (Jalal)
walaupun dengan ada 2 perlambangan itu Nakula juga menegaskan ia mempunyai 2 pengertian penting iaitu:

Pertama:  Mengisbatkan Kewujudan Allah Ta'ala dengan menafikan makhluk. 

Kedua   :  Mempunyi kekuatan ketuhanan untuk memjaga keselamatan rumah dan penghuninya.


Pergertian baru pemeleh zaman Pra-Islam

Kewujudan pemeleh pada zaman Kelantan Tua (zaman Jawan 3000-2800 sebelum masihi dan Brahma 1800-1700 sebelum masihi) telah diberi pengertian baru sebagai lambang dari huruf "Lam Alif" terlungkup pada zaman Islam. Nakula memjelaskan huruf terlungkup ini dapat memenuhi 2 pergertian diatas dengan bunyi "Laa" adalah bererti "tiada", dari perkataan "Laa ilaha illallah"yang bererti "tiada tuhan melainkan Allah" maksudnya "Laa maujuda illallah' ertinya "tiada yang maujud, melainkan Allah".


Huruf Lam Alif sebenarnya bermaksud menakfikan kemakhlukan pada rumah dan mengisbatkan "Allah yang Maha Kuasa". Dengan ini segala syaitan dan iblis, juga unsur bahaya tidak akan berani menghampiri rumah. Oleh itu "pemeleh" disebut juga "penyangga" ertinya "penepis segala bahaya mendatang". Ada juga penggunaan stail "penyangga berganda", yakini gabungan 2 huruf Lam-Alif terlungkup ke bawah dan satu lagi ke mendogak ke atas seperti huruf asal. Penyangga berganda ini memberi pengertian "nafi" dalam 2 alam:


2 erti Lam-Alif berganda ini iaitu:

Lam-Alif terlangkup:Alam Dunia, Dunia pada saat ini.

Lam-Alif mendongak: Dunia Akhirat. Dunia pada akan sampai kelak.

Bila pemeleh memjadi "penyangga", Ia mestilah mempunyai sifat-sifat "Jalal" yang bermaksud (kehebatan). Kalau pada anggota tubuh manusia, kedua itu terletak pada kedua lengan dan tangan yang memjadi penyangga tubuh manusia, jika pada makna ia digambarkan lambang yang hebat maka pada tapak tangan ia hebat tangan manusia bermain senjata pertahan diri. Maksudnya di sini sekiranya orang itu bertarung atau bersilat maka bisa kemusnahannya terletak pada kelincahan ke dua-dua belah lengan bermain skill serta membuka buah memyerang dan bertahan.Apa lagi sekiranya tanganya terdapat senjata. Dari situ juga terdapat pemeleh berlambang Kelewang. Kelewang adalah senjata memgerunkan, juga pemeleh berlambang Ular Naga pada kepalanya penjelmaan Hakikat Muhamadiyah dalam sifat Jalal menakutkan, pemeleh lambang Makara yang sangat keramat atau sakti kerana di situ terletak Nur Muhammad, tuan segala makhluk dan semar,kepala sekalian wali Allah yang memjaga alam nyata ini.


Dengan kukuhnya syariat, pemeleh berbentuk ular naga dan makara beransur hilang dan bermulanya penggunaan sejenis tumbuhan-tumbuhan dalam senibina melayu yang dinamakan "Solor Bayor".


Revolusi Pemeleh Kelewang 

Pemeleh kelewang adalah satu-satunya jenis kelewang yang masih kekal wujud pada masa kini. Namun bergitu pemeleh ini turut mengalami perubahan dan terhad pada bangunan tertentu.


Di Kelantan, rekabentuk pemeleh kelewang bersilang A, wujud pada bangunan masjid dan makam raja-raja. Ini kerana perlambanganya Lam-Alif yang membawa makna 2 dunia bawah dan atas menunjukan dunia akhirat atau alam kematian. Perlambangan ini boleh ditaksir segala perbuatan di dunia alam manusia (rumah kediaman) sebagai tempat membuat bekalan ibadat kepada Allah SWT sebagai persiapan diri untuk ke alam hakirat dan jika dari segi berlawan atau pertahan diri pula ia umpama kesediaan orang itu berkorban dan tidak gentar mati kerana "mati itu sebahagian kehidupan dan mesti". Oleh itu pemeleh jenis ini dapat dilihat pada rekabentuk Masjid.Rekabentuk masjid diraja Kota Bharu yang lama dan Masjid Makam diraja Lunggar/Langgar memggunakan pemeleh jenis ini.



Pemeleh kelewang bersilang tidak atau jarang digunakan pada rumah kediaman. Pemeleh jenis B merupakan pemeleh kelewang yang di sertakan cucuk langit.Pemeleh jenis inilah yang paling popular digunakan untuk kediaman rumah. Namun sedemikian, zaman demi zaman, era demi era, dinasti bertukar dinasti maka pemeleh juga mengalami perubahan bentuk yang lebih sedehana, Jenis D. Dengan masuknya pengaruh asing dalam memperkenalkan rekabentuk bumbung asing serta hilangnya nilai jati diri akibat inferior kompleks yang rumit, kini pemeleh hanya dapat dilihat pada bangunan tertentu sahaja seperti bangunan perlancongan dan resort sahaja.


Antara pemeleh yang masih boleh dilihat pada masa kini selain daripada Istana Balai Besar atau dikenali Istana Kota Lama pada masa kini.

Pemeleh usang yang masih ada pada rumah di Kota Bharu:



Sumber utama rujukan:

Abdullah b. Mohamed (Nakula), "Falsafah dan Permikiran Orang-orang Melayu, Hubungannya dengan Islam dan Kesenian", Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kuala Lumpur, 1980.


Kembali ke SenibinaRumah Melayu Kelantan

1 comment:

SRY said...

tkasih sangat membantu kajian saya mengenai element pada bumbung panjang , bumbung lima dan b. potong belanda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...