SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Thursday 4 June 2015

E.D Osmera, Aktor Kacak asal Bunut Payong : Siri Orang Kita

Allahyarham Shaikh Osman Shaikh Ibrahim

Pendahuluan
Filem Melayu tidak pernah 'gagal' mengetengahkan aktor-aktor kacak yang maskulin seperti Tan Sri Jins Samsudin, P.Ramlee, Mustafa Maarof dan ramai lagi. E.D Osmera antara aktor kacak yang pernah mewarnai drama dan filem tanah air. Ramai mengenali beliau berikutan wajah dan tutur katanya yang lembut dan berirama walaupun kelihatan "scripted", bagaimanapun ramai generasi kini tidak mengenali beliau dengan lebih dekat.

Profil dan Kerjaya
Nama sebenar beliau adalah Shaikh Osman bin Shaikh Ibrahim. Ketampanan wajah beliau berikutan mempunyai darah  Turki di sebelah bapanya, dan Melayu di sebelah ibunya. Beliau dilahirkan di Kampung Bunut Payong, Kota Bharu pada 1943, ditakdirkan ibunya telah meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi. Hanya bergantung harap pada bapanya yang juga seorang penjual Batu Permata. 

Beliau mula terlibat dalam bidang lakonan pada tahun 1964 apabila ditawarkan untuk menjadi hero filem Panglima Besi arahan M.Amin. Kerajaya beliau banyak dikembangkan oleh beberapa lagenda penggiat seni dekad 60an seperti:

  • Dato Jamil Sulong
  • Omar Rojik
  • S.Kadarisman

Selain itu, E.D. Osmera juga mendapat bimbingan pelbagai pengarah terkenal seperti P.Ramlee dan Jins Shamsuddin serta Aziz Satar. Kebanyakkanya beliau terlibat dalam filem aksi yang memuatkan aksi pertarungan dan seni bela diri, kerana ketampanan wajahnya beliau kerap ditawarkan peranan sebagai teraju utama dalam filem yang dibintinginya dari tahun 60an hingga akhir 70an.

Berikut filem yang pernah dibintangi beliau:

  • Panglima Besi (1964) arahan M.Amin
  • Bidasari (1965) arahan Dato Jamil Sulong
  • Sri Andalas (1966) arahan S. Kadarisman
  • Sesudah Suboh (1966) arahan P.Ramlee
  • Lain Jalan ka Shorga (1967) arahan Dato Jamil Sulong
  • Darma Kesuma (1967) arahan Dato Jamil Sulong
  • Panglima Harimau Berantai (1969) arahan Omar Rojik
  • Keranda Jingga (1969) arahan Omar Rojik
  • Bukan Salah Ibu Mengandung (1969) arahan Jins Shamsuddin
  • Doctor Rushdi (1970) arahan P.Ramlee
  • Tuah Badan (1970) arahan Omar Rojik
  • Kembang Layu (1970) arahan S.Kadarisman
  • Kudrat (1971) arahan S. Kadarisman
  • Asmara Kirana (1971) arahan Naz Achnas
  • Hutang Darah (1972) arahan S.Kadarisman
  • Cengkaman Maut (1972) arahan S.Kadarisman
  • Angkara (1972) arahan Omar Rojik
  • Semerah Cindai (1973) arahan Omar Rojik
  • Bunga Mas (1973) arahan Naz Achnas
  • Puaka (1974) arahan Omar Rojik
  • Jantina (1974) arahan Naz Achnas
  • Pertiwi (1975) arahan M.Amin 

Selepas tahun 1975, beliau berehat dari dunia lakonan selama enam tahun sebelum ditawarkan kembali ke dunia lakonan oleh Aziz Satar, antara filem yang beliau terlibat selepas berehat:

  • Prebet Lapok (1980) arahan Aziz Satar
  • Raja Laut (1981) arahan Z Lokman
  • Ribut dihujung Senja (1982) arahan beliau sendiri
Babak dari Filem Bukan Salah Ibu Mengandung

Faktor usia dan meneroka bidang pengarahan menyebabkan beliau jarang tampil sebagai aktor dan beliau pernah tampil dalam drama bersiri Cili Padi. Banyak drama yang dihasilkan oleh beliau sebelum mengambil keputusan untuk keluar dari Dunia Seni, namun drama yang dihasilkan beliau membolehkan kita melihat transisi kehidupan beliau menjadi seorang Muslim yang utuh pegangannya. Selepas itu pada 1994 beliau telah mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat dalam bidang lakonan untuk terus istikoqamah dalam dakwah Islam.

Antara drama yang melibatkan beliau:

  • Kuala Lumpur arahan Arief Karmahani
  • Lain Jalan ke Mekah
  • Sesat Dalam Cahaya
  • Cili Padi
  • Malam Tujuh Likur


Alim
E.D Osmera dikenali sebagai aktor yang warak, sepanjang berlakon beliau kerap menolak untuk melakukan adegan yang bersentuhan secara terus dengan pelakon wanita ditambah pula beliau memang seorang yang serius dan pendiam Pelakon Ahmad Nisfu dikatakan menjadi orang yang mendorong beliau untuk mendalami Ilmu Agama Islam dan ini menjadi satu faktor kenapa beliau berehat dari seni lakonan selama enam tahun selepas 1975.

Sepanjang hayat, E.D Osmera tidak pernah bekahwin dan kehidupan beliau hanya diabadikan pada dunia seni dan selepas itu menghambakan diri kepada Islam. Beliau seorang yang alim dan warak, ramai yang menyatakan sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir dia merupakan seorang guru agama. 2 Januari 2005, beliau telah menghembuskan nafas terakhir ekoran penyakit jantung dan jenazah beliau dikebumikan di Kampung Laksamana, Batu Caves.






Rujukan
  • http://ms.wikipedia.org/wiki/Ed_Osmera
  • http://profil-insan.blogspot.nl/2007/12/ed-osmera-pelakon-yang-kuat-beragama.html


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...