SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Tuesday 10 February 2015

PERARAKAN BURUNG PETALA INDERA 1919, 1921, 1933

Perarakan Burung Petala Indera yang juga bersohor (popular) dengan nama Burung Petala Wati merupakan satu upacara kebesaran bagi golongan bangsawan. Menurut Jurnal Warisan Kelantan Volume IX menyatakan perarakan ini hanya dijalankan tiga kali sahaja iaitu buat pertama kali pada Mei 1919, 1921 dan kali terakhir pada tahun 1933. 

Burung ini sebenarnya merupakan bayangan kepada haiwan bersayap yang wujud dalam Mitos Hindu terutama dalam Kitab Ramayana merujuk kepada Burung Garuda yang juga sering disebut oleh orang tempatan sebagai Jatayu atau Jentayu. Ia dibuat sempena meraikan hari kebesaran golongan bangsawan Kelantan yang terdiri dari kerabat diRaja. Ia dibina sebagai kenderaan yang ditambah ukiran patung burung. Ia digerakkan oleh tenaga manusia dan ketika upacara tersebut ratusan hulubalang yang terpilih akan membawanya mengelilingi sekitar bandar Kota Bharu, upacara ini diadakan dengan tujuan untuk menyerlahkan kekuasaan pemerintah pada masa tersebut.

Berikut adalah rakaman perarakan Burut Petala Indera yang dibuat oleh Raja Sri Akar sempena Upacara berkhatan Tengku Long Yunus, putera Raja Muda Zainal Abidin bin Sultan Muhammad III pada tahun 1933 iaitu tahun terakhir perarakan ini dilangsungkan. Menurut Jurnal Warisan Kelantan hinggalah ke Padang Bank. Burung ini membawa Tengku Long Yunus sambil ditemani oleh Imam Besar Masjid Muhammad, Haji Ahmad serta beberapa kenamaan lain, yang jelas kelihatan adalah seorang Pegawai Inggeris dan pemandu burung tersebut.

Jelas kelihatan Pegawai Inggeris  di sebelah kanan dan "Pemandu".

Perarakan Burung Petala Indera sedang melalui Istana Tengku Bendahara
(Tengku Cik Abdullah bin Sultan Ahmad) di sebelah kiri dan di sebelah kanan
adalah  Bank Kerapu

Perarakan melepasi Bank Kerapu dan sedang menuju Padang Bank

Ribuan orang bersama-sama berarak dan mereka bergilir-gilir mengusung
Burung Petala Indera dan sedang menghampiri destinasi di Padang Bank

Setibanya di Padang Bank, kenderaan ini diletakkan di hadapan Batu Peringatan 
dan ia menjadi tatapan umum. 

Rakaman pada 1976

Replika Burung Petala Indera di Perbadanan Muzium Kelantan, Kota Bharu.

Ringkasan
Burung Petala Indera adalah penzahiran daripada Hikayat Ramayana yang sinonim dengan masyarakat Kelantan. Bagaimanaun kitab tersebut merupakan saduran kepada Kitab Agama Hindu, manakala Imej Petala Indera pula adalah catatan burung gergasi yang dikenali sebagai Garuda  dalam kepercayaan Hindu. Ia hanya mula dijadikan upacara diRaja pada kurun ke 19 atau lebih tepat selepas 10 tahun Inggeris mentadbir Kelantan di bawah sistem Residen. Pegawai-pegawai Inggeris  memang tertarik dengan seni budaya masyarakat tempatan dan dipercayai kerana pengaruh mereka ia buat pertama kali diadakan pada tahun 1919, sedangkan Hikayat Ramayana itu hanyalah catatan lama sebelum Islam bertapak di Kelantan.

Selain dari ukiran yang kayu dan binaan yang gah pada Kenderaan Burung Petala Indera kita dapat saksikan rakaman menunjukkan crowd yang mungkin mencecah ribuan orang dapat dikumpulkan pada tahun 1930an, untuk mengumpul orang seramai itu pada masa tersebut merupakan satu perkara yang luar biasa dan kemungkinan mereka datang dari seluruh Kelantan. Apa yang jelas disini adalah penyaluran maklumat dan tindakan para pembesar dan rakyat Kelantan dapat diselaraskan walhal kemudahan sebaran am di Kelantan pada masa itu amat terhad, tetapi masih dapat gerakkan ribuan tenaga manusia.

Selepas tahun 1933, ia tidak lagi dianjurkan kerana hal ini jelas mendepani unsur syirik dan Islam melarang sekeras-kerasnya akan perbuatan tersebut. Mungkin timbul desakan daripada para Ulama yang di Kelantan pada masa tersebut untuk mengharamkan perarakan tersebut, binaan ini juga tidak dapat lagi kita lihat pada hari ini, cuma yang tinggal adalah replika yang dipamerkan di Muzium Kelantan. Walaupun yang asli sudah tiada, dan ia juga turut diharamkan haruslah kita kenang bahawa ia pernah wujud suatu masa dahulu dalam masyaraka Kelantan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...