SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Thursday 31 July 2014

Kelantan : MAGERAN 1977


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat-sahabat sekalian. Kita masih lagi dalam suasana atau mood merayakan Aidilfitri 1435H. Ramai antara kita masih bergembira baik di Kelantan mahupun seluruh negara, semua masih merayakannya. Alhamdulillah, negara kita masih aman dalam definisinya.

Kami tetap bergerak untuk menjayakan aspirasi kita dalam mengenang dan membangkitkan sejarah negeri. Kali ini kami mahu sampaikan kepada sahabat-sahabat mengenai MAGERAN iaitu singkatan kepada Majlis Gerakan Negara. 

Pasti ramai yang tahu mengenai badan kerajaan ini dan ianya akan dikaitkan dengan tragedi 13 Mei 1969 yang menggemparkan seluruh dunia, dimana peristiwa tersebut sebolehnya tidak mahu dikenang oleh sesiapa pun kerana ia begitu menyayat hati. Namun, itu hakikat yang perlu kita telan.

Pada 13 Mei 1969, telah berlaku pergeseran kaum yang menyaksikan negara diisytihar darurat pada tiga hari berikutnya iaitu pada 16 Mei dengan membubarkan parlimen dan menubuhkan MAGERAN untuk mengambil alih pentadbiran bagi memulihkan kekacauan yang berlaku. Pada waktu itu negara masih menghadapi ancaman dari gerakan subversif Pengganas Komunis yang masih aktif. MAGERAN telah berjaya memulihkan kekacauan yang berlaku sekitar Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang, setelah itu pihak MAGERAN telah menyerahkan kuasa kembali kepada parlimen dalam tahun tersebut juga.

Umumnya, ramai yang mengetahui MAGERAN hanyalah berkuatkuasa ketika insiden 13 Mei dan pasti ramai yang tidak tahu bahawa ia juga telah diaplikasikan di Kelantan pada 1977!



BIBIT PERGESERAN

Ia bermula semenjak berakhirnya tragedi 13 Mei apabila kerajaan baru yang dibentuk menyaksikan penggabungan antara beberapa parti seperti PERIKATAN dan PAS pada 1969 kerana pada waktu itu PAS telah menguasai semua kerusi parlimen di Kelantan dalam Pilihan Raya 1969. Kelantan dari dahulu hingga kini majoritinya dihuni oleh orang-orang Melayu dan ini menjadi asas kesepakatan antara PERIKATAN dan PAS untuk bergabung dalam memulihkan keadaan sosio-politik negara pada waktu itu yang rosak akibat pergeseran kaum.

Dato Mohd Asri Haji Muda

Setelah penggabungan ini, Presiden PAS pada waktu itu Dato Mohd Asri Haji Muda telah diangkat menjadi Menteri Besar Kelantan. Kelangsungan pengabungan ini telah menimbulkan beberapa pertembungan yang mempunyai alasan tersendiri dari kedua-dua pihak baik UMNO mahupun PAS.

KRONOLOGI KEMELUT POLITIK 77'
Penyertaan PAS dalam UMNO pada 1969 telah menyaksikan perubahan taktik dalam kepimpinan Dato Asri dalam dekad 70an  hingga muncul dua kelompok dalam Kerajaan Kelantan pada waktu itu, satu kelompok menyokong Dato Asri dan satu kelompok lagi menyokong Dato Muhammad Nasir yang menjadi Menteri Besar Kelantan setelah Pilihan Raya Umum 1974.

Dato Muhammad Nasir
Kumpulan Dato Muhammad Nasir telah mengadakan Demonstrasi Protes pada 24 September 1977, di Padang Merdeka, Kota Bharu. Mereka membantah kumpulan Pro Asri yang dikenal sebagai Kumpulan 16 dan akhirnya Kumpulan 20. Dikatakan, lebih daripada 80,000 rakyat Kelantan menyertainya.

Dato Muhammad Nasir pula telah digulingkan dari jawatan Menteri Besar melalui Usul Undi Tidak Percaya. Usul tersebut telah dibuat oleh 20 orang Ahli Dewan Undangan Negeri dari PAS diketuai oleh Datuk Haji Ishak Lutfi Omar. Ekoran daripada peristiwa tersebut, pada 19 Oktober 1977 satu lagi Demonstrasi telah diadakan dan kali ini lebih 20,000 rakyat menyertainya dengan berkumpul dari Padang Merdeka ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Akhirnya pihak berkuasa telah mengumumkan Perintah Berkurung pada jam 3.15 petang dan berkuatkuasa 24 jam berikutnya.

Pihak Kerajaan Pusat pada waktu itu tidak mengendahkan pandangan ADUN Kelantan kerana rundingan yang dibuat dengan Menteri Besar tidak mendapat sokongan majoriti ADUN. Justeru berlaku Politik Darurat untuk mengambil alih Kelantan dengan melaksanakan Akta Darurat dan Kerajaan MAGERAN tanpa rundingan dengan PAS, manakala pemimpin PAS dalam Kabinet Kerajaan Pusat pula terpaksa meletak jawatan kecuali Haji Hasan Adli yang membantahnya.

Mereka terpaksa berbuat demikian kerana dikatakan telah melanggar disiplin Barisan Nasional ekoran dari bantahan Dato Asri terhadap Akta Darurat. Akta tersebut telah dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, Datuk Hussien Onn di Dewan Rakyat pada 19 Oktober 1977, yang pada masa tersebut masih lagi dalam bentuk Ran Undang-Undang Kuasa Darurat Kelantan. Sistem pemerintahan Demokrasi digantung dan ditadbir secara de'facto oleh Kerajaan Pusat apabila MAGERAN diisytiharkan pada 8 November 1977.

13 Disember 1977, PAS telah disingkir dari BN kerana enggan mematuhi whip BN mengenai Undang-Undang Darurat. Pada 12 Januari 1978, pemerintahan MAGERAN telah ditarik balik oleh Kerajaan Pusat dan pada 11 Mac 1978, kerajaan telah mengadakan PRU peringkat negeri sahaja. Dalam piliharaya ini menyaksikan BN telah berjaya memperolehi kemenangan yang besar.

KESIMPULAN
Peristiwa 1977 sebenarnya merupakan turning point dalam perkembangan Kelantan selepas Merdeka pada 1957. Tempoh ini telah membuatkan perkembangan ekonomi di Kelantan menjadi terbantut dan terjejas, hinggalah tahun 90an dan berterusan hingga 2013. Namun pada tahun 2014, politik di Kelantan dilihat seakan mengulangi apa yang berlaku dalam tahun 70an itu.

Sama-samalah kita mendoakan agar negeri kita sentiasa di rahmati dan rakyatnya diberkati.


http://wargamarhaen.blogspot.nl/2012/01/kelantan-1977-darurat-pergolakkan.html
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121101/re_01/Punca-Pas-?diceraikan?-1977
http://sejarah-tunsheikh.blogspot.nl/2014/01/sejarah-penubuhan-mageran-dan-barisan.
http://coltoras1959.blogspot.nl/2013/05/tajuk-373-pilihanraya-umum-ke-13.html

Wednesday 30 July 2014

Briged Izz ad-Din al-Qassam


Semenjak tercetusnya serangan Tentera Israel terhadap Palestin pada 8 Julai 2014 nama Briged Izz ad-Din al-Qassam menjadi sebutan seluruh kaum Muslimin seluruh dunia. Kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh anggota bridget tersebut telah membuatkan banyak kupasan mengenai mereka tersiar baik di blog, TV mahupun Surat Khabar. 

Namun, semuanya hanya mengulas tentang aktiviti mereka dan tidak dihuraikan secara terperinci mengenai briged tersebut. Mengambil tanggungjawab itu, kami cuba untuk sampaikan melalui ruangan ini tentang briged alQassam ini.

Nama
Dari segi bahasa Izz bermaksud pertolongan, ketaatan atau kebangaan, manakala Din bermaksud agama. al-Qassam boleh diterjemah sebagai pemisah. Sebenarnya Izz ad-Din al-Qassam adalah nama seorang mujahidin yang gugur syahid di Jenin pada 1935. Dia dilahirkan di Syria tetapi dibuang ke Palestin kerana menentang pendudukan Perancis di Syria dan Lubnan. Di Palestin, dia menyambung perjuangan jihad menentang British yang mahu menjadikan Palestin sebagai Negara Yahudi. Justeru, nama beliau telah diabadikan pada satu briged kententeraan HAMAS untuk mengenang jasa beliau dalam menentang penjajahan dan penindasan.

Latar Belakang
Sebelum penubuhan rasmi HAMAS pada 1987, Syeikh Ahmad Yassin, Salah Shehadeh, Dr.Ibrahim Maqadima dan tokoh-tokoh lain bersedia untuk menubuhkan pasukan bersenjata pada 1984 untuk menentang penjajahan. Fokus utama mereka pada waktu itu adalah untuk mengumpul kekuatan persenjataan untuk kegunaan pada masa hadapan. Sayangnya, ahli kumpulan tersebut telah ditangkap bersama-sama senjata yang mereka kumpul. 

Pada 1986, Salah Shehadeh telah membentuk satu rangkaian penentangan yang dikenali sebagai al-Mujahiddin al-Falistinin dengan maksud Pahlawan Palestin. Rangkaian ini mensasarkan serangan terhadap pasukan bersenjata Israel-Zionis dan pengkhianat Palestin dan ia aktif sehingga 1989. Operasi yang paling diingati tentang bagaimana rangkaian ini berjaya menawan Ilan Sadoon dan Avi Sasbortas.

Setelah HAMAS di bentuk pada 14 Disember 1987, ia telah menubuhkan beberapa sayap seperti Briged Abdullah Azzam dan Majd. Briged Izz ad-Din al-Qassam pula ditubuhkan pada 1991 dan ia dikenali sebagai sayap ketenteraan HAMAS.

Pentadbiran
Briged ini telah diberikan kebebasan untuk mentadbir pergerakan mereka. Identiti dan jawatan ahlinya dirahsiakan sehinggalah mereka syahid. Menjadi kewajipan mereka memakai penutup kepala hitam dan lilit kepala atau headband tertera nama briged mereka. Jumlah keahlian hanya diketahui oleh pimpinan yang mengaplikasikan kerahsian dalam proses rekrut. Setelah mereka gugur syahid barulah nama pejuang Qassam diumumkan kepada awam melalui laman web qassam.ps

Operasi mereka adalah seluruh Genting Gaza dan Tebing Barat. Setiap anggota bergerak sendiri di bawah kepimpinan briged, anggota Qassam harus melepasi tapisan ketat dari segi akhlak, fizikal, pendidikan serta dari kalangan pemuda yang solat subuh berjemaah di masjid. Dalam peristiwa Intifada kedua pada 2000, sejumlah 800 orang ahli mereka telah syahid.

Syarat untuk menyertai Briged
  1. Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – setiap ibu bapa di Palestine mengimpikan anak mereka syahid memperjuangkan kemerdekaan negara mereka.
  2. Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa : selama 3 bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat Subuh berjemaah di masjid.
  3. Anggota Hamas dan Al-Qassam harus bebas MAKSIAT dan MEROKOK.
  4. Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Qur’an.
  5. Setiap anggota wajib membaca Al-Qur’an sehari satu juzuk.
  6. Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadith Arba’in ( Imam Nawawi)
  7. Selalu berpuasa sunat dan bertahajud.
  8. Kecerdasan yang tinggi – buktinya anggota mereka semuanya golongan hafiz Al-Qur’an, ilmuwan dan intelektual Palestin. Buktinya, mereka mampu membangunkan teknologi mereka dalam keadaan terkurung dalam penjara halimunan terbesar di dunia di Gaza.
  9. Selalu hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.
  10. Mengamalkan zikir harian dan tidak pernah meninggalkannya.
  11. Selalu bersukan dan bersenam. 
  12. Anggota Al-Qassam adalah mereka yang sudah sedia untuk syahid bila-bila dan dimana sahaja tempat yang akan ditugaskan.


Operasi dan Aktiviti
Peralihan organisasi bersenjata yang dikenali bermula ketika penetapan Persefahaman Oslo untuk membantu HAMAS menentang perjanjian tersebut. Pada 2003 dan 2004, briged di Gaza menghadapi serangan daripada Israel Defense Forces (IDF) termasuk pengepungan Jabalya pada Oktober 2004. Pertempuran ini mengakibatkan kerugian besar kepada Briged, namun mereka berjaya mengumpul semula kekuatan dan meneruskan perjuangan pada tahun-tahun berikutnya.

Pada 2005, Israel dan Pihak Berkuasa Palestin telah berjaya mencapai kesepakatan untuk gencatan senjata. Tempoh tersebut telah memberi ruang kepada briged untuk mengukuhkan kekuatan mereka. Israel bimbang dengan persenjataan yang dimiliki HAMAS dengan menyatakan akan berlaku penentangan besar-besaran oleh sayap tentera parti tersebut dan kemungkinan berlaku perang saudara. Justeru Israel telah menekan Pihak Berkuasa Palestin untuk melucutkan persenjataan HAMAS, namun usaha tersebut tidak dapat dilakukan. Dalam tempoh tersebut juga, bridget tersebut mengaku melancarkan serangan roket terhadap bandar Sderot di Israel.

10 Jun 2006, briged tersebut telah mengumumkan pembatalan perjanjian yang dicapai pada 2005 susulan insiden di Pantai Gaza yang menyaksikan 7 orang awam telah terkorban akibat tembakan 8 bom artileri Israel ke pantai tersebut berdekatan dengan bandar Beit Lahia pada 9 Jun 2006. Briged tersebut membalas dengan melancarkan roket-roket Qassam ke arah bandar Sderot di Israel. Kemudian Israel telah melancarkan Operation Summer Rains namun mereka dimalukan oleh briged Qassam kerana dalam operasi ini briged telah berjaya menawan Ghilad Shalit dan merupakan tawanan pertama dalam tempoh 12 tahun selepas penawanan Nachson Wachsman pada 1994.

Persenjataan
Aspek persenjataan HAMAS sentiasa berkembang semenjak penubuhannya pada 1987, mereka memiliki rifal, roket dan bermacam senjata lagi. Mereka membawa masuk senjata dari luar dan sebahagiannya lagi dicipta sendiri dalam Palestin.

Dalam satu wawancara, Salah Shehadeh menjelaskan:
Kami mempunyai saintis yang pakar dalam pembuatan senjata, yang menjalankan penyelidikan dan eksperimen terhadap roket al-Bana yang merupakan gabungan sebuah RPG (grenad berkuasa roket) dan LAW (senjata ringan anti-kereta kebal) dan berbeza dengan al-Qassam 2 kerana direka untuk menembusi perisai ketebalan sederhana. Bom Tangan dihasilkan untuk memenuhi keperluan peralatan dan ahli-ahli, dan kesemuanya telah membuktikan keberkesanannya dengan Kementerian Pertahanan Israel sendiri mengesahkan kehebatan bom-bom tangan tersebut. Kesemua grenad dan roket adalah buatan tempatan dan dihasilkan dengan mudah. Bahan peledak al-Qassam 1 dan 2 dan al-Bana diperbuat daripada bahan-bahan mentah yang mudah. (Sekalipun) golongan wanita boleh menghasilkannya dirumah.

Pemimpin-Pemimpin Briged yang dibunuh Israel
12 Julai 2006: Tentera Udara Israel (IAF) mengebom sebuah rumah di kejiranan Sheikh Gaza di bandar Gaza, dimana Komander Mohammed Dief, Ahmad al-Ghandur dan Raid Said mengadakan mesyuarat. Rumah tiga tingkat itu diratakan sepenuhnya menyebabkan Pegawai HAMAS Nabil al-Salmiah, Isteri, lima anak mereka dan dua kanak-kanak lain maut. Dua dari pimpinan itu mendapat kecederaan ringan, makalan Muhammad Dief mendapat kecederaan pada tulang belakang.

1 Januari 2009: Nizar Rayan, seorang pemimpin tertinggi HAMAS berperanan sebagai perhubungan antara kepimpinan parti dengan sayap tenteranya terbunuh dalam serangan Udara Israel dalam Operation Cast Lead. Sebutir bom seberat 2000 paun digugurkan keatas rumahnya menyebabkan keempat-empat isteri dan sebelas anaknya terkorban.

3 Januari 2009: Pesawat Israel menyerang kereta yang dinaiki oleh Abu Zakaria al-Jamal menyebabkan beliau gugur syahid.

4 Januari 2009: Tentera Udara Israel menyerang dan membunuh Husam Hamdan dan Muhammad Hilo di Khan Younis.

15 Januari 2009: Tentera Israel mengebom sebuah rumah di Jabaliya. Serangan tersebut disasarkan kepada Menteri Dalam Negeri Palestin Said Seyam dan turut membunuh komander briged Mohamed Watfa.

19 Januari 2010: Komander yang juga salah seorang pengasas HAMAS, Mahmoud al Mabhouh dibunuh di sebuah hotel di Dubai. Pihak Polis Emiriah Arab Bersatu percaya bahawa pembunuhan tersebut didalangi oleh badan risikan Israel, MOSSAD

30 Julai 2010: Isa Abdul Hadi al-Batran terbunuh di kem pelarian Nuseirat akibat serangan udara Israel.

14 November 2012: Tentera Udara Israel mendalangi serangan yang membunuh Ahmad al-Jabari, Komander Briged al-Qassam. Beliau terbunuh bersama 7 pejuang yang lain dalam permulaan Operation Pillar of Defense. 


http://ms.wikipedia.org/wiki/Briged_Izz_ad-Din_al-Qassam

Tuesday 29 July 2014

Syeikh Ahmed Yassin (Syahid) Pengasas Hamas, Pembentuk alQassam

BIOGRAFI

1938-2004

Zaman Kanak-Kanak


Beliau dilahirkan pada tahun 1938, sewaktu berusia 5 tahun, bapanya telah meninggal dunia di sebuah kampung yang bernama Al-Joura, kini ianya telah menjadi bandar Ashkelon, Israel. 

Beliau memulakan pendidikan di sekolah rendah Al Jora hingga ke Gred 5 pada 1948. Pada tahun tersebut telah berlaku peristiwa Nakba (Perang Palestin) yang menyaksikan ratusan ribu penduduk Palestin dihalau oleh kumpulan Zionis hingga ke sempadan Gaza, keluarga Syeikh Ahmad Yassin juga terlibat sama, mereka telah diancam akan dibunuh sekiranya tidak keluar dari rumah. Akhirnya pada tahun tersebut, rumah dan tempat kelahirannya telah dimusnahkan bersama-sama 500 pekan rakyat Palestin yang lain.

Kejadian ini telah memberi kesan yang besar kepada psikolgi beliau hingga pada satu masa dia muncul sebagai seorang musuh yang Zionis takuti. Peristiwa Kemusahan Palestin (Al-Nakba) pada 1948 telah merubah kehidupan keilmuan dan politik Syeikh Ahmad Yassin selama-lamanya. Beliau berpendapat bahawa Palestin hanya boleh teguh atas usaha rakyat mereka sendiri tanpa bergantung kepada negara lain atau pertubuhan antarabangsa.

Pendidikan
Beliau telah menamatkan pendidikan sekolah menengah pada tahun 1957/58 dan telah diterima untuk menjadi seorang guru walaupun mendapat bangkangan ekoran keadaan kesihatan beliau. 1959, beliau telah ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran di Univesiti Ain Sham. Dari Universiti ini beliau telah memperoleh Diploma tetapi yang lebih penting sewaktu belajar inilah beliau menjadi ahli Ikhwanul Muslimin yang aktif. Sewatu beliau mahu berangkat ke Gaza pada 1962, dia telah ditahan oleh pihak berkuasa Mesir berhubungan dengan aktiviti beliau dalam Ikhwanul Muslimin untuk menggulingkan Presiden Gamal Abdel Nasser. Beliau telah ditahan dipenjara selama sebulan tanpa bicara, setelah beliau disahkan tidak terlibat dalam gerakan tersebut beliau akhirnya dibebaskan. Tempoh tahanan tersebut menjadi amat signifikan dalam pendirian terhadap kebencian kepada ketidakadilan dalam jiwanya. 

Sewaktu Syeikh bergelar pelajar, beliau telah mendapat kecederaan pada bahagian tulang belakang dan lama kelamaan beliau menjadi lumpuh.

Penangkapan Syeikh
Pada 1983, beliau telah ditahan oleh Rejim Israel atas tuduhan memiliki senjata, membentuk pasukan tentera dan menggesa supaya menghapuskan kewujudan negara Yahudi. Beliau telah dihadapkan ke Mahkamah Tentera Israel dan dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun. 1985, setelah dipenjarakan selama 11 bulan, beliau telah dibebaskan dalam rangka pertukaran tawanan antara Rejim Israel dengan PFLL (Barisan Rakyat untuk Pembebasan Palestin). 

Hal ini telah membuatkan Syeikh semakin yakin untuk menubuhkan satu badan khusus untuk membela nasib rakyat Palestin yang kian tertindas serta tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Penubuhan HAMAS
1987, Syeikh bersama-sama beberapa aktivis Palestin telah menubuhkan sebuah organisasi yang dikenali sebagai Harakat alMuqawamah alIslamiyyah (HAMAS) yang bermaksud Pergerakan Mempertahankan Islam bertempat di Genting Gaza. Setahun selepas penubuhan HAMAS, tentera Israel telah menyerbu dan menggeledah rumah beliau serta memberi ugutan bunuh kepada beliau yang pada waktu itu hanya berkerusi roda. 

Tindakan Israel ini tidak melemahkan semangat Syeikh walaupun pada mata kasar, beliau hanyalah seorang Insan yang lemah, yakni seorang lelaki yang matanya hampir buta dan tidak berdaya kerana lumpuh.

Mei 1989, Israel telah menangkap Syeikh Ahmad Yassin bersama-sama ratusan aktivis Gerakan HAMAS dalam rangka operasi mereka untuk menghentikan perjuangan bersenjata yang ketika itu digerakan dalam bentuk serangan asSilah alAbyadh (senjata putih / penculikan) terhadap tentera - penduduk - agen Israel.


Penjara Seumur Hidup
Seorang lelaki yang ditakuti oleh Rejim Israel, ditangkap dan ditahan dalam penjara dalam tempoh yang panjang mungkin boleh menyebabkan maut, tetapi hal ini tidak berlaku kepada Syiekh Ahmad Yassin yang lumpuh. Walaupun tidak ditahan hampir dua tahun tanpa pembicaraan yang jelas, akhirnya pada 1991 Mahkamah Tentera Israel telah menjatuhkan hukuman Penjara Seumur Hidup dan ditambah dengan 15 tahun penjara atas 9 pertuduhan antaranya, menggesa (provokasi) penculikan dan pembunuhan terhadap tentera Israel, mengasaskan Gerakan HAMAS serta dua sayapnya iaitu Kententeraan dan Keselamatan.

Pada waktu itu, Syeikh Ahmad Yassin bukan sahaja menderita akibat lumpuh, tetapi diserang juga dengan beberapa penyakit lain, antaranya buta pada mata kanan dan mata kirinya kabur, radang telinga yang kronik, Asma, Radang Usus. Penderitaan beliau bertambah buruk ekoran keadaan penjara Israel yang teruk. Oleh sebab itu, beliau sering dipindahkan ke hospital akibat penyakit yang beliau alami.

13 Disember 1992, sekelompok Pejuang Berani (Intifada) dari Bridget Izzudin alQassam telah menculik seorang tentera Israel. Kumpulan tersebut telah menggunakan tentera yang ditahan itu sebagai tebusan dan mahu ditukarkan dengan Syeikh Ahmad dan tahanan daripada Lubnan. Tetapi permintaan tersebut telah ditolak oleh Kerajaan Israel dan mereka telah bertindak membunuh kesemua tahanan (tentera Israel) dan kumpulan yang menculik yang waktu berada di Kampung Bernabala berdekatan dengan al-Quds.

Pembebasan
1 Oktober 1997, Syeikh Ahmad Yassin telah dibebaskan melalui rundingan antara Jordan dan Israel sebagai pertukaran antara dua orang agen Israel yang ditahan setelah gagal dalam percubaan untuk membunuh Khalid Misyal, Ketua Politik Maktab HAMAS di Amman. Pembebasan ini berlangsung hinggalah Disember 2001.

Pihak berkuasa Palestin telah mengenakan Tahanan Dalam Rumah terhadap beliau ekoran operasi serangan berani mati yang menyebabkan beberapa orang Israel terbunuh ekoran tindakan Israel dalam pembunuhan pemimpin-pemimpin Intifadah dan tokoh Amal Nasional. 

Perkara ini telah membangkitkan kemarahan rakyat Palestin dan menyebabkan ribuan manusia telah berkumpul didepan rumah Syeikh Ahmad Yassin. Akhirnya tercetus pertempuran antara rakyat Palestin dengan pasukan keselamatan Palestin yang mahu menunjukkan kepada Israel dan USA bahawa Pihak Berkuasa Palestin mampu mengawal keadaan.

Pembunuhan
Israel sebenarnya sudah banyak kali cuba untuk membunuh Syeikh Ahmad Yassin, namun tidak berjaya. Serangan yang hampir meragut nyawa beliau berlaku pada 6 September 2003 sewaktu Helikopter Israel mensasarkan sebuah apartmen yang menempatkan beliau di Gaza. Ketika beliau ditemani oleh Ismail Haniyeh namun, serangan tersebut tidak dapat membunuh beliau.

Akhirnya pada 22 Mac 2004, Israel telah membunuh seorang tokoh pejuang Palestin yang kini menjadi sanjungan semua penduduk Gaza terutama golongan pemuda-pemuda Palestin dan Muslim. Beliau telah gugur syahid di hadapan masjid berhampiran rumahnya. Ketika itu beliau baru melangkah keluar dari masjid setelah selesai menunaikan solat subuh dan telah dihentam oleh peluru-peluru dari Helikopter Israel yang mengekorinya dari awal.

Rujukan:
http://www.qassam.ps/specialfile-96-Biography.html
http://takdirilahi.wordpress.com/al-syahid-syeikh-ahmad-yassin/




|...........................|

PPSK : Artikel sepatutnya diterbitkan sebelum Syawal..tetapi kami tidak dapat lakukan sedemikian kerana link utama dalam penyediaan artikel ini telah digodam oleh agen-agen Israel... 29 dan 30 Ramdhan menyaksikan berlakunya Serangan Siber pada skala yang agak besar. Beberapa web Malaysia juga diserang seperti Astro. Hingga artikel ini diterbitkan, web rujukan kami itu masih tidak dipulihkan... mungkin webmaster laman itu juga menghadapi kesukaran kerana banyak kemudahan di Palestin telah dimusnahkan oleh peluru berpandu Israel.

Thursday 24 July 2014

Pokok Yahudi

Sudah lebih Dua Minggu Gaza diserang oleh Israel. Angka korban juga kian meningkat dengan rakyat Palestin yang paling ramai terkorban. Pada saat ini Tentera Darat Israel telah ditentang hebat oleh Bridged AlQassam di sempadan Gaza-Israel. 

Bridged AlQassam ini adalah salah satu sayap tentera dalam Pasukan Hamas dan mereka mempunyai beberapa Bridged lagi yang belum terlibat secara langsung dalam peperangan kali ini. Pihak Israel pula telah menggerakkan Tentera Udara dan Tentera Darat. 

Kejayaan demi kejayaan AlQassam telah menggerunkan askar-askar Israel hingga ada anggota tentera mereka menembak kaki sendiri untuk mengelak dihantar ke medan perang, selain itu kehebatan AlQassam juga telah menjadi igauan kepada setiap askar Israel kerana itu kini mereka melakukan serangan secara rambang.

Sebenarnya, ketakutan askar Israel ini telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. seperti diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidzi bermaksud:

Tidak akan berlaku hari kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalik batu-batu dan pokok-pokok. (Ketika itu) Batu dan Pokok akan bersuara "Wahai Muslim! Wahai Hamba Allah! di belakang ku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya", kecuali Pokok Qarqhad (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi. 
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dalam Shahih Jami As-Shaghir no. 7414)

Apa itu Pokok Gharqad


Pokok Gharqad


Lycium Ferocissimum adalah nama saintifiknya dan ia dalam keluarga Solanaceae. Ia tumbuh melata di benua Afrika dan telah ditanam di Australia dan New Zealand. Pokok ini sebenarnya sejenis pokok berduri yang dikategorikan sebagai beracun. Ia mempunyai buah yang seakan-akan tomato tetapi kecil dengan saiz diameter 1cm. Bunganya pula berwarna putih dengan tompok berwarna ungu. 

Di kalangan bangsa Arab ia bernama Awsaj tetapi lebih dikenali sebagai Gharqad. Di Israel, Jewish National Fund adalah satu badan yang giat menjalankan aktiviti berkaitan dengan penanaman pokok ini dan segala perkembangan serta pengumpulan dana dihebahkan melalui www.jnf.org, satu laporan dari laman ini menyatakan mereka telah berjaya menanam 220 juta batang pokok Gharqad disamping projek-projek lain. Mereka menanam pokok ini dibawah nama Kempen Menghijaukan Bumi dan cuba menipu dunia tentang apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.

Dari hadis Nabi s.a.w. ini juga kita sudah diberitahu, suatu hari nanti Israel ini akan dikalahkan, walaupun Dajjal tiba sekalipun mereka tetap akan kalah. Subhanallah sesungguh Allah itu Benar dan Nabi Muhammad itu juga benar..... 

Kuatkan tekad, gandakan usaha. Kejayaan bersama-sama dengan orang-orang beriman.



Bacaan lain mengenai Pokok Yahudi:




Wednesday 23 July 2014

MERUNGKAI RAHSIA ZIONIS

Artikel disediakan oleh : "A.K.A"

1. Zionis adalah gerakan yang dipelopori oleh Moses Hess pada abad ke-19 dan diperkuatkan lagi oleh Theoder Herzl’s. Zionis merupakan gerakan politik orang Yahudi yang menyokong penubuhan semula ‘tanah yang dijanjikan’ untuk bangsa Yahudi di Palestin. Theoder Herzl’s seorang Yahudi berbangsa Hungary telah mengumpulkan orang Israel dari seluruh pelusuk dunia membawa idea penubuhan Israel raya.



2. Pada 1895,orang-orang Yahudi mengadakan kongres yang pertama di Kota Bale Switzerland,dihadiri oleh anggotanya sekitar 300 orang yang mewakili 50 organisasi Zionis yang bertebaran di seluruh dunia. Pertemuan itu terus berlangsung dari semasa ke semasa. Tujuannya adalah untuk menganalisa strategi mereka yang akan dilancarkan demi mencapai maksud. Dengan itu tertubuhnya Zionis International.

3. Zionis Israel adalah negara yang paling banyak melanggar Resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu iaitu lebih daripada 80 Resolusi sejak penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1945.

4. Mereka telah menerima hmpir 1/3 daripada Bajet Tahunan Bantuan Luar Amerika Syarikat yakni dari segi bantuan kewangan,senjata nuklear dan lain-lain.

5. Mereka telah menubuhkan negara haram Israel sejak pencerobohan pada tahun 1948 bermakna telah 60 tahun menjajah bumi suci para ambiya’ dengan memasukkan bangsa Yahudi melalui beberapa perjanjian yang dicapai seperti Perjanjian Oslo 1 (1992),Perjanjian Oslo 2 (1995) dan banyak lagi dengan itu setiap kali perjanjian diadakan kemasukan Yahudi turut bertambah

6. Rejim Zionis Israel mempunyai simpanan senjata nuclear dan tidak membenarkan sebarang pemeriksaan antarabangsa terhadap fasiliti nuklearnya. Mereka juga tidak menandatangani Nuclear Non-Prolification Treaty,satu perjanjian di mana sebuah negar itu tidak akan membina senjata nuclear.

7. Mereka tidak membenarkan rakyat Palestin berpindah Palestin berpindah dari satu kota ke satu kota yang lain kecuali dengan selepad mendapat ‘visa’ dari rejim Zionis Israel.

8. Semasa pemerintahan Ariel Sharon telah melakukan pembunuhan beramai-ramai secara kejam ke atas lebih daripada 2,750 bangsa Palestin di khemah-khemah pelarian Sabra dan Shatila pada tahun 1982. PBB telah mengklasifikasikan sebagai GENOCIDE iatu PEMBUNUHAN SELURUH KAUM/BANGSA.

9. Terkini,antara 27 Disember 2008 hingga 18 Januari 2009 sekali lagi telah melancarkan jenayah perang ke atas Gaza justeru,selepas sahaja diumumkan genjatan senjata oleh HAMAS pada 18 Disember 2008 yang menggunakan senjata tercanggih dunia termasuk penggunaan bom fosforus yang menyebabkan lebih 1,300 nyawa terkorban dan lebih 5,000 tercedera.


Tuesday 22 July 2014

Memahami siapa Puak Bertelagah di Ukraine

Ketika menyediakan artikel ini, kami dapati ramai sedang cuba untuk memahami istilah pemisah, dan Separatis yang merupakan istilah yang biasa kepada ahli-ahli sosio-politik. Kami bukanlah ahli dalam bidang tersebut, namun seperti kebanyakkan orang lain, kami juga ingin memahami dan menyediakan satu artikel ringkas berkenaan istilah tersebut.

Pasti ramai antara kita maklum jika diutarakan dengan istilah Pemisah dalam konflik sesebuah negara bergolak. Istilah itu  merujuk kepada pergerakan sekelompok masyarakat yang menuntut agar diberi hak untuk mengadakan pemerintahan sendiri. Justeru gerakan Separatis sama maksud dengan pemisah itu tadi. Cuma, kita di Malaysia tidak diperkenalkan dengan istilah tersebut, sebaliknya ia digunakan secara meluas di Indonesia.

Siapa yang bertelagah di Ukraine?


Jelas disini yang sedang berperang dengan Ukraine adalah kelompok Separatis yang media Malaysia gelar sebagai Pemberontak. Merekalah kelompok Pro-Russia menguasai daerah Ukraine sekitar sempadan Ukraine-Russia. Puak ini diketuai oleh Alexander Borodai (Gambar). 

Dalam artikel Konflik Ukraine-Russia dan MH17 kami telah mejelaskan serba ringkas kenapa mereka berperang, punca utama adalah mengenai permasalahan ekonomi yang meruncing dan pertembungan pendirian antara kelompok Pro-Barat dengan kelompok Pro-Russia. Kemuncak isu ini bermula apabila kelompok pro-barat telah menggulingkan Presiden Ukraine, Viktor Yanukovch dan menubuhkan kerajaan baru. 

Russia pula telah bertindak memasuki wilayah automi Crimea untuk melindungi aset ketenteraan mereka dan kemuncaknya penduduk Crimea telah mengundi untuk bernaung di bawah Russia.

Semenjak dari itu puak Separatis ini makin bersemangat untuk membebaskan wilayah-wilayah etnik Russia yang mendiami sebahagian Ukraine. Justeru, tidak hairan wilayah Ukraine di sempadan Russia menjadi wilayah pertikaian. 


Sumber berita dari Russia menyatakan mereka tidak membantu puak Separatis tetapi secara teknikal mereka juga terlibat dalam konflik ini melalui sokongan dan bekalan keperluan kepada puak tersebut memandangkan tentera Russia sedang aktif di Wilayah Crimea.

Ringkasnya, Ukraine sekarang ini menghadapi tentangan dari puak Separatis yang memihak kepada Russia dan puak ini pula menentang Ukraine kerana kerajaan sekarang lebih memihak blok barat ditambah dengan keadaan ekonomi Ukraine berada di tahap yang parah.

Kerajaan Ukraine pada masa ini sedang membina kepercayaan barat untuk membantu kerana mereka sudah memutuskan untuk tidak berkiblatkan Moscow lagi. Pelbagai spekulasi telah dikeluarkan ditambah lagi, pihak Russia juga telah mengeluarkan kenyataan serta bukti bahawa Insiden MH17 tidak melibatkan mereka.

Berikut kenyataan pihak Russia:





Sekarang, kita tunggu apa pula yang akan dibentangkan oleh Ukraine sebagai maklum balas terhadap kenyataan dari pihak tentera Russia ini. Isu ini sudah menjadi global dan semakin komplikated.

Pada 21 Julai, PBB telah bersidang dan negara yang mewakili mangsa telah membentangkan usul dan mereka telah bersetuju agar semua mayat dibenarkan kembali ke Amsterdam. Selain itu, pihak Separatis juga telah menyerahkan dua kotak hitam kepada pihak berkuasa Malaysia. 

Hasil decode dari Kotak Hitam ini boleh menjelaskan apa sebenarnya berlaku keatas MH17. Marilah kita panjatkan doa buat mangsa dan takziah untuk seluruh ahli keluarga mangsa.

RUJUKAN: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=separatis
http://pemisah.blogspot.nl/
http://www.astroawani.com/photos/album/ukraine-protests-803/ukraine-protests-6-7788
http://en.wikipedia.org/wiki/Separatist_movement

SAHABAT-SAHABAT KAMI ADALAH ASLI!


Alhamdulillah, Facebook Fan Page kami di https://www.facebook.com/PPSK2014?ref=hl telah mencecah 100,000 Like dan sehingga artikel ini ditulis jumlah ini telah meningkat kepada 100,412 (5:00pm 22/7/14).  Jumlah ini adalah Like Organik di mana ianya mewakili fan kami yang kami anggap sebagai "SAHABAT PPSK". Mereka semua adalah individu asli dan kami tidak pernah menggunakan sebarang perisian atau aplikasi untuk meningkatkan jumlah Like page kami.

Tidak kami nafikan terdapat usaha untuk "menjual Like" dan mereka pernah menghubungi kami untuk mempromosikan Like tetapi kami adalah sebuah pertubuhan yang bermaruah perkara sebegini kami anggap sebagai menghina integriti pertubuhan kami.


Pengasas KPSK, iaitu saudara Mohammad Iddham telah memulakan penubuhan KPSK pada penghujung tahun 2012. Beliau dengan gigih mencari maklumat dan mengumpulkan sejumlah admin untuk memperkembangkan KPSK. Setelah penjenamaan semula kepada PPSK pada 1 Januari 2014, beliau telah berundur atas sebab peribadi. 

Pernah page kami tidak mencatat sebarang pertambahan likes selama sebulan. Justeru kami pertingkatkan perkongsian maklumat dengan mengutamakan pembaca di Kelantan dengan berkongsi apa sahaja maklumat tentang Kelantan.

Selain usaha secara online, kami juga menjalankan aktiviti offline dengan melawat tapak-tapak bersejarah sekitar Kelantan. Aktiviti sebegini sememangnya mendapat perhatian dari anak Kelantan dan pertambahan like juga meningkat.

Ringkasnya, kami tidak pernah menggunakan sebarang khidmat seperti print screen kami berusaha dengan keras untuk berada di tahap sekarang. Bukan senang untuk sebuah Pertubuhan Sejarah mempunyai pengikut seramai ini, dan seperti saudara-saudara maklum, sejarah bukan satu subjek yang digemari ramai. Justeru kami mempelbagaikan cara posting dan menggunakan setiap tools yang ada bagi meningkatkan minat dan kecintaan terhadap sejarah negeri... 

Kepada sahabat-sahabat sekalian, kami mengucapakan ribuan terima kasih kerana sudi bersama-sama kami untuk melihat Sejarah Negeri kita dimartabatkan sebagaimana sejarah-sejarah negeri lain. Semoga usaha kita diberkati Allah s.w.t.

Sekian, Terima kasih.

Monday 21 July 2014

LALUAN UTAMA DAN ALTERNATIF PULANG KE KELANTAN

Syawal akan menjelma kurang lebih seminggu lagi. Pastinya ramai telah membuat persiapan untuk pulang. Harapnya anda sudah servis kereta siap-siap... Paling awal perantau akan pulang ke kampung halaman pada hari Rabu, 24 Julai dan mungkin paling lewat pada hari Sabtu.. Isnin dah hari raya... tiada orang bekerja pada hari ahad, kecuali di Kedah, Terengganu, dan Johor.

Berikut kami kongsikan laluan utama perantau yang akan tempuhi:

Dari Alor Setar dan Kangar :


Lebuh Raya Utara Selatan > Kuala Pegang > Baling > Gerik > Jeli 
Dari Jeli anda boleh ke Rantau Panjang - Pasir Mas melalui Panglima Bayu - Lubuk Setol.

Anda dari Penang ada dua pilihan sama ada melalui Ipoh terus ke Jelai melalui Cameron Highlands-Gua Musang atau balik melalui Butterworth menggunakan Highway BKE dan terus ke Pengkalan Hulu > Gerik > Jeli


Perjalanan dari arat Utara ke Kota Bharu adalah selama 6 jam dengan jarak hampir 400 Kilometer. Masa 6 jam adalah perjalanan pada hari biasa, dan akan bertambah pada musim perayaan bergantung kepada aliran trafik.


Dari Ipoh, Perak : 


Jika anda dari Ipoh, terdapat dua laluan yang boleh anda ambil iaitu seperti yang dicadangkan dalam peta ini iaitu:
1) Ipoh - Lebuhraya Utara Selatan - Kuala Kangsar - Gerik dan laluan sama seperti dari arah Alor Setar dan Kangar hingga ke Kota Bharu

2) Ipoh - Jelai - Cameron Highlands - Gua Musang

**Satu lagi laluan pintas dari Perak ke Pahang untuk mengelak KL adalah dari Tanjung Malim - Kuala Kubu Bahru - Genting Highland - Karak

Laluan Kuala Lumpur - Kota Bharu



Tol Gombak - Highway Karak - Genting Sempah - Tol Karak - Bentong - Raub - Kuala Lipis - Gua Musang - Kuala Krai - Machang - Ketereh - Kota Bharu.

Laluan Alternatif:





Dari Negeri Sembilan dan Melaka


Dari Senawang atau Seremban atau juga dari Melaka pasti anda akan pilih laluan Kuala Pilah - Serting - Muadzam - Kuantan - Jerangau - Jabor dan berita baik, LPT Fasa 2 telah dibuka iaitu laluan Jabor - Cheneh yang akan menjimatkan Satu jam masa anda.



Dari Johor Bharu


Jika anda dari JB, laluan yang patut anda ambil adalah:
Segamat Muadzam - Kuantan - Jabor - Cheneh - Bukit Besi - Kuala Terengganu (Batu 6) - Sungai Tong - Jerteh - Pasir Puteh atau

2) Kota Tinggi - Mersing - Endau - Rompin - Pekan - Kuantan - Jabor - Cheneh

SELAMAT PULANG KE KAMPUNG & HATI-HATI DI JALAN RAYA

Kalau Tak Jam, Bukan RAYA namanya!!

KEMERIAHAN HARI RAYA AIDILFITRI DI KELANTAN

Pernyataaan Aidilfitri di Kelantan tidak meriah adalah tidak benar dan disangkal walaupun ianya tidak semeriah di negeri-negeri lain. Sambutan Aidilfitri di Kelantan adalah meriah kerana waktu inilah anak-anak Kelantan dari Perantauan pulang ke kampung halaman di seluruh negeri. Kebiasaannya tiket bas dan keretapi akan habis sebulan sebelum Ramadhan lagi dan wujudlah pengusaha bas yang membuat perkhidmatan Bas Tambahan dengan harga tiket agak mahal berbanding dengan syarikat bas rasmi.

Hujung minggu di Kota Bharu kebiasaannya akan menjadi sesak, dan dua minggu sebelum Syawal menjelma bandaraya ini bertambah sesak. Manakala seminggu sebelum Syawal, ianya akan “dikuasai” oleh perantau yang pulang ke Kelantan sempena Aidilfitri.

Kesesakkan jalan raya di Kota Bharu menjelang Aidilfitri sudah menjadi lumrah. Pihak kerajaan negeri telah memperbaiki Jambatan Sultan Yahya menjadi 4 lorong dan pembinaan Flyover dari arah Jambatan ke Wakaf Siku untuk mengurangkan kesesakkan di kawasan Kampung Sireh. Jalan utama dalam pusat bandar Kota Bharu juga telah dinaik taraf kepada 4 lorong, namun aliran trafik kian bertambah.
 
Gambar Hiasan, : Kesesakkan di Lebuh Raya Karak (Harian Metro)
Perantau sudah lali dengan kesesakan lalu lintas mejelang syawal. Pernah suatu ketika kesesakkan jalan raya bermula dari Tol Karak hinggalah ke Gua Musang dan kami sendiri pernah merasai perjalanan selama 17 jam dari Kuala Lumpur melalui Karak – Raub – Kuala Lipis – Gua Musang.  Pertambahan aliran trafik ini juga mengundang kemalangan jalan raya ditambah faktor jalan raya yang tidak berapa elok.

Semenjak 2012, laluan Raub – Kuala Lipis telah dipertingkatkan, dimana jalan raya telah dilebarkan namun kesesakkan jalan raya pada musim perayaan terutama Aidilfitri masih pada tahap yang sama berikutan pertambahan kenderaan. Isu kesesakkan jalan raya paling teruk rasanya dari arah Gua Musang menghala ke Kota Bharu, dan 2013 pihak kerajaan negeri telah melancarkan Projek Pembinaan Lebuh Raya Rakyat, kami tidak dapat pastikan sejauh mana perkembangan projek tersebut memandangkan selepas PRU-13 Exco yang bertanggungjawab juga sudah bertukar.

Perancangan untuk Lebuh Raya Rakyat

Di bandar-bandar seluruh Kelantan seperti Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, juga mengalami kesesakan jalan raya. Pasir Mas misalnya, kebiasaan traffic Jam bermula dari simpang Jambatan Tendong hingga ke Bandar Pasir Mas, jalan kampung juga sesak dan agak teruk kerana kenderaan yang banyak dan jalan yang sempit.

Ringkasnya, kesesakkan jalan ini bukan hanya berlaku di Kelantan tetapi seluruh negara juga begitu. Kerana amalan masyarakat kita adalah berkunjung antara saudara mara dan rakan taulan. Semua orang begitu dengan tujuan yang sama kecuali destinasi sahaja yang berlainan. Justeru, tidak menghairankan jika jalan raya menjadi sesak.

Inilah kemeriahan sebenar Hari Raya buat orang dewasa, Kalau Tidak Jem, bukan Raya namanya!
Kemeriahan Hari Raya yang sebenar adalah seluruh ahli keluarga berkumpul bersama-sama dan berkongsi kisah masing-masing.




HATI-HATI MEMANDU, INGAT ORANG TERSAYANG, INGAT KEPADA AYAH BONDA YANG MENUNGGU KEPULANGAN ANDA.... JANGAN BIARKAN HANYA TUBUH ANDA PULANG!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, 

MAAF ZAHIR BATIN!!



#Rindu dengan Nasi Dagang dan Kuih Semperit

Konflik Ukraine-Russia dan MH17

Saat ini, pihak berkuasa Russia dan Ukraine sedang tuduh menuduh antara sama lain dan tidak mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian Tembak Jatuh Malaysian Airlines MH17 pada 17 Julai 2014. Masing-masing mengatakan mempunyai bukti siapa yang bersalah, tetapi dalam masa sama terdapat usaha kedua pihak untuk melupuskan bukti dan Kotak Hitam pesawat tersebut telah hilang dipercayai diambil oleh pihak Russia.

Begitulah perkhabaran yang kita terima. Seolah-olah pekara ini menjadi mainan kepada mereka. Kita sedar, Malaysia tidak mempunyai sebarang kuasa yang besar, namun perkara ini tidak boleh dipandang enteng. Saat ini Pasukan Penyiasat Antarabangsa  dianggotai pihak kesalamatan negara asal penumpang dan krew telah dihalang oleh pihak pemisah yang menguasai kawasan nahas tersebut.

Apa sebenarnya yang berlaku di Ukraine?

Ukraine mempunyai sejarah yang panjang, ringkasnya ia telah merdeka daripada  Kesatuan Soviet (USSR) pada Ogos 1991. Sepanjang berada di bawah Kesatuan Soviet, memang terdapat gerakkan pembebasan daripada rakyat Ukraine, hinggalah mereka mencapai kemerdekaan ekoran kelemahan pentadbiran soviet pada dekad 90an.

Walaupun sudah merdeka, Russia masih mengekalkan Aset Ketenteraan mereka dalam wilayah Ukraine. Semua pengamat politik antarabangsa mengetahui Russia menempatkan Armada Laut Hitam di Pelabuhan Sevastopol di Semenanjung Crimea yang juga sebuah wilayah autonomi Ukraine. Dianggarkan sejumlah 300 buah atau lebih kapal perang Russia ditempatkan di pelabuhan itu.

Pastinya Russia tidak akan mengalih dengan mudah aset mereka ini, dan sebagai menghormati yang mungkin juga tunduk kepada tekanan dunia pada 1997 Russia dibawah Presiden Boris Yeltsin telah membayar sejumlah ganti rugi kepada Ukraine untuk membolehkan Armada Laut Hitam ini kekal di Crimea untuk tempoh 20 tahun hingga 2017.Ukraine pula bergantung kepada Russia untuk bekalan gas dan minyak.

Ringkasnya, aset ketenteraan dan sumber asli merupakan pokok utama dalam diplomasi antara dua negara berjiran ini. Perjanjian yang dicapai pada 21 April, 2010 dan disahkan kedua-dua parlimen Rusia dan Ukraine pada 27 April memberikan gas Rusia kepada Ukraine pada harga yang lebih rendah, dan membenarkan Rusia berada di Sevastopol hingga 25 tahun lagi selepas 2017, iaitu hingga 2042.

Perjanjian ini secara relatifnya menguntungkan Ukraine dari aspek ekonomi, dan meningkatkan beban di Russia memandangkan perjanjian itu hanya melanjutkan tempoh penempatan mereka di Sevastopol, Crimea manakala Russia terpaksa menampung sejumlah AS$40 Billion dalam bentuk bantuan kepada Ukraine hasil daripada perjanjian tersebut.

Keruntuhan Kesatuan Soviet
Selepas USSR runtuh, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) telah meluaskan penyertaan keahlian dan menjurus kepada perubahan pendirian politik dengan menyebelahi negara-negara eropah dan USA dalam negara-negara bekas USSR terutama Ukraine. Hal ini tidak disenangi oleh Moscow, kerana mereka berpendapat dengan bantuan minyak dan gas yang diberi Ukraine akan tetap menjadi sahabat mereka.

Sebenarnya di Ukraine, bukan semua berpihak kepada Kuasa Barat yang diketuai oleh US, terdapat sebahagian rakyat mereka masih berpihak kepada Russia.Pemimpin-pemimpin Ukraine termasuk bekas Presiden Viktor Yushchenko (menamatkan tempoh presiden pada Februari 2010) menggunakan sentimen anti-Rusia melibatkan isu Crimea dalam kempen pilihan rayanya yang lalu.

Walau bagaimanapun, kekuatan rakyat yang condong ke Barat dan pro-Rusia agak seimbang di Ukraine, menjadikan eksploitasi sentimen berhubung Crimea terbatas. Bagi kumpulan ini, hal ini diburukkan lagi apabila kem pro-Rusia Yanukovych menang dalam pilihan raya presiden awal tahun 2010.

Yushchenko ketika menjadi presiden bertindak cuba mengekang kebebasan tentera laut Rusia di Laut Hitam, dengan mengenakan pelbagai peraturan yang hakikatnya tidak dihiraukan oleh Rusia. Semasa perang Rusia dengan Georgia pada Ogos 2008, Yushchenko mengeluarkan dikri menetapkan pergerakan tentera laut Rusia keluar dan masuk Sevastopol perlu mendapat kebenaran kerajaan Ukraine.

Ukraine juga menggunakan Crimea sebagai senjata diplomasi dalam hubungannya dengan Rusia. Ekoran perang Ogos 2008 itu, Ukraine menerima lawatan kapal tentera laut AS yang menunjukkan gambaran peranan keselamatannya di Laut Hitam.

Penamatan Bekalan Gas
Pada Januari 2006, Russia telah menghentikan bekalan gas kepada Ukraine kerana mereka tidak bersetuju dengan kenaikan harga sumber asli itu oleh pihak Russia. Akhirnya, Ukraine akur dengan tekanan Russia. Tindakan ini sebenarnya mahu memaksa Kiev mengubah sikap mereka dan bertindak lebih mesra kepada Moscow.

Tindakan ini telah menggoyahkan kepercayaan negara-negara Eropah kepada Ukraine dan mereka mula berhati-hati dalam berdiplomasi. Selain itu, reputasi Russia juga terjejas ekoran kejadian tersebut memandangkan Ukraine merupakan laluan utama paip saluran sumber asli tersebut.

Episod Kiev yang tunduk kepada desakan Moscow menyebabkan Russia boleh mencampuri pentadbiran Ukraine. Pada Mac 2014, Presiden Viktor Yanukovych telah digulingkan oleh penunjuk perasaan  yang disokong Barat dan Russia telah bertindak balas dengan memasuki Crimea yang menemptakan aset mereka di Sevastopol. Akhirnya, pihak Ukraine yang dipimpin oleh kerajaan baru Pro-Barat telah mengisytiharkan perang terhadap Russia.

Justeru, jelas disini bahawa Semenanjung Crimea yang merupakan kawasan bergolak, walaupun Ukraine mengisytihar perang, ianya tidak mencakupi perang secara langsung. Tambahan Crimea merupakan wilayah autonomi yang menganggotai Ukraine. Jadi, peperangan ini bukan bersifat offensive tetapi lebih kepada defensive, manakala Russia pula pada dasarnya bukan mahu berperang dengan Ukraine tetapi mereka lebih kepada usaha untuk melindungi aset ketenteraan mereka. Kini, wilayah Crimea telah isytihar mereka akur kepada Russia dan menjadi wilayah Russia.

 Apa sebenarnya berlaku ke atas MH17



 Berdasarkan kepada carian online menyatakan bahawa laluan yang diambil oleh MH17 adalah sah dan diluluskan oleh International Civil Aviation Organisation (ICAO) dan  International Air Transport Association (IATA). Menurut pihak MAS bahawa, penerbangan MH17 dalam ruang udara Ukraine telah diterima oleh Eurocontrol pada ketinggian altitude 35,000 kaki tetapi pihak pengawal udara Ukraine telah mengarahkan untuk terbang pada ketinggian 33,000 kaki dan ini menepati piawaian ICAO dan IATA.

Sebelum insiden MH17 ini, pihak yang bertelagah di kawasan sempadan Russia-Ukraine telah menembah dua buah pesawat tentera kerana memasuki ruang udara mereka dan difahamkan sejumlah penerbangan telah melalui ruang udara ini sebelum pesawat penumpang ini ditembak jatuh oleh sistem pertahanan peluru berpandu BUK.

Kini, yang menjadi pertikaian adalah kedua-dua pihak tidak membenarkan Pasukan Penyiasat Antarabangsa menghampiri kawasan tersebut, sedangkan perompak dan pengganas telah menjarah tapak nahas dengan mengambil barang-barang berharga peninggalan mangsa nahas.

Hingga artikel ini ditulis, negara-negara mangsa nahas memberi tekanan kepada pihak Ukraine dan Russia untuk memberi kerjasama dalam menyelesaikan Insiden ini. Tetapi pihak berkenaan masih berdolak dalik. Semoga semua urusan berkenaan MH17 dipermudahkan Allah s.w.t.

Wallahualam.

#ARTIKEL INI HANYA PENJELASAN KEADAAN SEBENAR DI UKRAINE. KENAPA DAN MENGAPA MEREKA BERTINDAK MENEMBAK JATUH PESAWAT YANG MELALUI RUANG UDARA MEREKA. MOHON RUJUK ARTIKEL LAIN UNTUK MENGETAHUI JARAK TERLARANG BAGI SESUATU PESAWAT...

http://www.astroawani.com/news/show/apa-yang-terjadi-kepada-mh17-40243
http://www.sinarharian.com.my/rusia-ukraine-isytihar-perang-1.256550
http://siasahdaily.blogspot.nl/2014/03/hubungan-rusia-ukraine-dan-geopolitik.html
http://aviationweek.com/commercial-aviation/mh17-flight-route-approved-eurocontrol-safe-icao-iata
http://blog.wandr.me/2014/07/notam-malaysia-airlines-mh17/
http://rt.com/news/173652-fights-avoid-ukrain-malaysian/

Sunday 20 July 2014

Senarai Nama Penumpang dan Krew MH17 : Takziah buat Ahli Keluarga

Pihak MAS telah mengeluarkan senarai nama rasmi penumpang dan krew yang menjadi korban nahas MH17.

Berikut adalah senarai penumpang dan krew, terdiri dari rakyat Malaysia. Salam Takzih dari kami...


Nama
Jantina
1
Anthony Samy / Mabels MS
Perempuan
2
Bin Tambi / Muhammad Afruz Mr
Lelaki
3
Bin Tambi / Muhammad Afzal Mr
Lelaki
4
Bin Tambi / Marsha Azmeena Ms
Perempuan
5
Dewa / Shaliza Zaini Ms
Perempuan
6
Foo / Ming Lee Mr
Lelaki
7
Gazali / Ariza binti Ms
Perempuan
8
Goes / Kaelamayajay Mstr
Lelaki
9
Lee / Jianhanbenjamin Mstr
Lelaki
10
Lee / Kiah Yeen Ms
Perempuan
11
Liew / Yau Chee Mr
Lelaki
12
Mdsalim / Mohd Ali bin Mr
Lelaki
13
Mula / Melinganak Mr
Lelaki
14
Ng / Litielisabeth Ms
Perempuan
15
Ng / Qingzhe Mr
Lelaki
16
Ng / Shing Mrs
Perempuan
17
Jiee / Tambi bin Mr
Lelaki
18
Jretnam / Subashni Ms
Perempuan
19
Karnailsing / Karamjitsingh Mr
Lelaki
20
Sivagnanam / Paul Rajasinga Mr
Lelaki
21
Tambi / Muhammad Afif bin Mr
Lelaki
22
Tan / Siew Poh Mdm
Perempuan
23
Teoh / Elaine Miss
Perempuan
24
Noor / Rahimmah Ms
Perempuan
25
Parlan / Hasni Hardi bin Mr
Lelaki
26
Punjabi / Kaushalya Jairamdas Datin
Perempuan
27
Sitiamirah / Binti Parawira Mrs
Perempuan
28
Sivagnanam / Mathew Ezekial Master
Lelaki
29
Wan Amran Bin Wan Hussin (Krew : Kapten)
Lelaki
30
Eugene Choo Jin Leong (Krew : Kapten)
Lelaki
31
Ahmad Hakimi Bin Hanapi (Krew : Vice Kapten)
Lelaki
32
Muhamad Firdaus Bin Abdul Rahim (Krew : Vice Kapten)
Lelaki
33
Mohd Ghafar Bin Abu Bakar (Krew)
Lelaki
34
Dora Shamila Binti Kassim (Krew)
Perempuan
35
Azrina Binti Yakob (Krew)
Perempuan
36
Lee Hui Pin (Krew)
Perempuan
37
Mastura Binti Mustafa  (Krew)
Perempuan
38
Chong Yee Pheng (Krew)
Perempuan
39
Shaikh Mohd Noor Bin Mahmood (Krew)
Lelaki
40
Sanjid Singh Sandhu (Krew)
Lelaki
41
Hamfazlin Sham Binti Mohamed Arifin (Krew)
Perempuan
42
Nur Shazana Binti Mohamed Salleh (Krew)
Perempuan
43
Angeline Premila Rajandaran (Krew)
Perempuan











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...