SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Thursday 23 January 2014

FAKTOR-FAKTOR FRANK SWETTENHAM MAHUKAN NEGERI-NEGERI MELAYU

Sir Frank Athelstane Swettenham 1904
(Ketua Residen British Malaya)
Pendahuluan
Frank Swettenham disebut dalam artikel ini kerana pada zaman beliau menjadi Residen Jeneral di Britsh Malaya yang lebih dikenali sebagai Federated Malays State atau Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, negeri Kelantan dan Terengganu telah di masukkan ke dalam naungan British atau lebih tepat dijajah British melalui Perjanjian Bangkok 1909.

Kami juga merasa tertarik untuk melakukan penelitian tentang Frank Swettenham kerana beliau terlibat secara langsung dengan Tengku Abdul Kadir dan Raja Siam waktu itu Raja Rama V atau lebih dikenali sebagai Chulalongkorn dalam isu pemerintahan Patani semasa kami meyediakan Episod Hubungan Patani-Kelantan baru-baru ini.

Dalam penelitian teks semasa penyediaan episod tersebut, kami menemui nama Frank ini disebut berulang kali dan sering dikunjungi oleh Chulalongkorn dan wakilnya. Boleh dikatakan setiap dua minggu wakil Siam atau Chulalongkorn sendiri akan ke Singapura menemui Frank.

Jadi, kami tertanya-tanya apa pengelibatan Frank Swettenham ini dalam isu Patani-Siam... lalu kami tertarik untuk meneliti dengan lebih mendalam mengenai individu ini dan peranannya.

Siapa Frank Swettenham
Biodata:
Nama penuh: Frank Athelstane Swettenham,
Tarikh Lahir : 1850
Meninggal : 11 Jun 1946
Tempat Lahir : Belper, Derbyshire, England
Bapa : James Oldham Swettenham, Frank adalah anak keempat beliau

Pendidikan dan Kerajaya:
  • Ketika berusia 20 tahun, beliau telah menyertai Kadet Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Selat pada tahun 1870.
  • Setahun kemudian, pada usia 21 tahun beliau telah dihantar ke Singapura pada Januari 1871. Di Sinapura beliau mengambil pengajian Melayu dan telah lulus pengajian tersebut pada 1872 dalam usia 22 tahun.
  • Setelah lulus dalam pengajian tersebut, beliau telah dilantik sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Pulau Pinang dan Seberang Prai yang waktu itu dikenali sebagai Penang and Province Wellesley dari tahun 1872-1873.
  • Pada umur 24 tahun, beliau telah dilantik sebagai Negeri Perak pada tahun 1874 untuk bulan Januari, Jun dan Julai. Kemudian pada bulan Disember tahun itu juga, beliau telah dilantik sebagai Penolong Residen Negeri Perak. Jawatan ini disandang beliau hingga tahun 1875.
  • 1876, ketika diusia 26 tahun, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Setiausaha Kolonial bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
  • 5 tahun menyandang jawatan Penolong Setiausaha, akhirnya pada tahun 1881 beliau dilantik menjadi Setiausaha Kolonial pada usia 31 tahun.
  • Setahun kemudian, pada tahn 1882 beliau telah dilantik sebagai Residen Inggeris di Selangor. 4 tahun beliau merencana ekonomi British di Selangor dengan mengawal penghasilan Bijih Timah dan membangunkan Kuala Lumpur.
  • Pada 1886, Frank Swettenham telah dilantik sebagai Pesuruhjaya bagi Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu di Pameran Kolonial dan India dan kemudiannya beliau diangkat sebagai Residen Perak pada 1889 pada usia 39 tahun.
  • 19 tahun berpengalaman menjalankan pentadbiran British di Tanah Melayu di beberapa negeri Melayu akhirnya beliau telah dilantik menjadi Ketua Residen bagi Tanah-Tanah Melayu Bersekutu (Resident General) pada 1901 di usia 41 tahun dan beliau merupakan Ketua Residen yang pertama dalam sejarah British di Tanah Melayu.
  • Frank Swettenham telah bersara dari perkhidmatan British di Tanah Melayu pada tahun 1904 di usia 45 tahun dan beliau telah dianugerahkan dengan jawatan Pengerusi Suruhanjaya DiRaja Mauritius.

Dalam sejarah British, beliau disanjung sebagai orang yang telah menyatukan Sultan-Sultan Melayu dan diperintah di bawah satu sistem dan kemudiannya menamakan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sebagai British Malaya. Selain dari itu, beliau juga merupakan individu yang sangat berpengaruh dalam membentuk dasar British dan Struktur Pentadbiran British di Semenanjung Tanah Melayu. Beliau boleh diibaratkan sebagai pembuka jalan kepada penjajahan secara total British di Semenanjung Tanah Melayu dalam mengeksploitasi bahan mentah dan galian dan sumber ekonomi yang lain.

Sumber : British Malaya 1906



Lain-lain Info Mengenai Swettenham
  • Seorang Amatuer Photographer
  • Seorang Penulis Prolifik

Dua-dua ini adalah hobi tegar beliau. Berikut disenaraikan penerbitan beliau:
  • Burns, P.L., and Cowan, C.D. ed. (1975), 'Sir Frank Swettenham's Malayan journals 1874-1876', Kuala Lumpur, London: Oxford University Press.
  • Clifford, Hugh Charles, and Swettenham, Frank Athelstane (1894), 'A dictionary of the Malay language', Taiping, Perak: Printed for the author's at the Government's printing office.
  • Cowan, C.D. ed. (1952), 'Sir Frank Swettenham's Perak journals 1874-1876', 'Journal of the Malayan branch of the Royal Asiatic Society', vol.24, part 4. Singapore: Malaya Publishing House.
  • Swettenham, Frank Athelstane (1881), 'Vocabulary of the English and Malay languages'. Singapore: printed at the Government Printing Office.
  • Swettenham, Frank Athelstane (1893), 'About Perak'. Singapore: Straits Times Press.
  • Swettenham, Frank Athelstane (1895), 'Malay sketches'. London: John Lane.
  • Swettenham, Frank Athelstane (1898), 'Unaddressed letters'. London: John Lane.
  • Swettenham, Frank Athelstane (1899), 'The real Malay'. London: John Lane.
  • Swettenham, Frank Athelstane (1907), 'British Malaya'. London: John Lane.
  • Swettenham, Frank Athelstane (1910), 'Report of the Mauritius royal commission, 1909'. HMSO.
  • Swettenham, Frank Athelstane (1912), 'Also and perhaps'. London: John Lane.
  • Swettenham, Frank Athelstane (1925), 'Arabella in Africa'. London: John Lane.
  • Swettenham, Frank Athelstane (1942), 'Footprints in Malaya'. London: Hutchinson.
  • Swettenham, Frank Athelstane (1946 ?), 'The future of Malaya'. [S.l.]: [s.n.]
  • Swettenham, Frank Athelstane (1967), 'Stories and sketches'. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Justifikasi
Biodata dan maklumat tentang Frank Swettenham disiarkan adalah untuk kita mengenali siapa beliau sebelum kita bergerak untuk memahami pemikiran beliau dalam usaha penggabungan Negeri-Negeri Melayu Utara (Kedah, Perlis, Patani, Kelantan dan Terengganu).

Sekiranya diteliti kerjaya beliau, pengelibatan Frank Swettenham di Semenanjung Tanah Melayu amat meluas, malahan beliau juga berperanan di Batavia (Jakarta) dan beberapa tempat di Sumatera. Ini menunjukkan bahawa Swettenham adalah seorang yang berpengaruh baik di kalangan raja-raja Melayu mahupun Kerajaan Queen British di London. Sebagai memenuhi tajuk artikel ini, kita akan fokus tentang ruang lingkup Kelantan dan Patani sahaja.

Sir Frank Swettenham bersama Sir Harry Tappe
1903, Singapura
Ambisi Swettenham gabung Negeri Melayu
Pada usia beliau 22 tahun, beliau telah menguasai asam garam orang Melayu melalui pengajian beliau di Singapura dalam mendalami kehidupan orang Melayu pada tahun 1872. Pengajian Melayu begitu menarik tajuk kursus itu. Namun silibus pengajian tersebut masih samar-samar pastinya beliau mendalami cara pemikiran orang Melayu dengan mempelajari Bahasa, Budaya serta Sejarah Bangsa Melayu pada waktu itu.

Begitulah cara British memperbaiki pentadbiran mereka kerana pada peringkat awal terdapat penentangan yang nyata dengan contoh pembunuhan J.W.W. Birch sebelum itu kerana tidak memahami adat dan budaya masyarakat Melayu Perak. Frank Swettenham adalah contoh terbaik British dalam mendekati sesebuah bangsa dalam koloni mereka.

Kecemerlangan perkhidmatan Frank Swettenham amat mengagumkan, dalam masa 19 tahun beliau telah dilantik menjadi Ketua Residen yang pertama dalam sejarah British pada tahun 1901 pada usia 41 tahun. Beliau telah menggabungkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Pulau Pinang dan Singapura) di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai British Malaya yang juga asas kepada sistem pemerintahan Malaysia sekarang.

Tahun-tahun 1900-1902 merupakan tahun yang menggoncangkan kestabilan negeri-negeri Melayu Utara (Kedah, Perlis, Patani, Kelantan dan Terengganu) yang waktu itu berada di bawah naungan Siam.

Negeri-negeri Melayu Utara di bawah ketokohan Tengku Abdul Kadir telah bangkit menentang kekuasaan Siam kerana perkembangan perluasan kuasa imperialis (British dan Perancis) dalam wilayah Siam di Indo-china (Kemboja, Laos dan Vietnam) melalui perjanjian British-Perancis pada 15 Januari 1896. Perjanjian ini adalah mengenai pengiktirafan dua kuasa besar ini terhadap ketuanan Siam dalam wilayah di Lembah Chao Phraya namun isi perjanjian ini tidak menghalang kuasa asing ini memperluaskan kuasa mereka dan meletakan Siam dalam ancaman baru.

Namun satu perjanjian Rahsia antara British-Siam telah ditandatangani pada 1897 dalam usaha Siam mengekang perluasan kuasa British di Negeri-Negeri Melayu Utara. Antara sebab perjanjian ini termeterai adalah kerana terdapat ura-ura Kerajaan Siam waktu itu mahu membina terusan membelah Segenting Kra sama seperti yang British lakukan di Mesir. Jika terusan dibina di Segenting Kra pastinya pengaruh British di Selat Melaka akan terganggu dan pelabuhan Pulau Pinang dan Singapura akan lumpuh seterusnya membuka peluang kepada kuasa lain seperti Jerman dan Russia untuk mengukuhkan pengaruh mereka di rantau ini. Perkara ini memang mahu dielakkan oleh British dan perjanjian ini telah dimetrai.

Bidak-Bidak Catur British
British tidak berdiam diri, mereka tetap berusaha untuk meneruskan perlumbaan perluasan kawasan koloni dengan pesaing-pesaing mereka. Perjanjian yang termetrai antara British dengan Siam mungkin telah disalurkan kepada Raja-Raja Negeri Melayu Utara oleh orang dalam British. Dalam hal ini, Tengku Abdul Kadir yang memegang tampuk pemerintahan selepas kemangkatan ayahanda beliau, Tengku Sulaiman Syariffudin telah mula mempersoalkan tindakan Siam dalam pembeharuan pemerintahan wilayah (Thesaphiban).

Kekacauan Politik yang berlaku di Patani adalah satu faktor terbesar kenapa British di bawah pengaruh Frank Swettenham begitu bersungguh hendak menggabungkan Negeri-Negeri Melayu Utara ini di bawah British Malaya. Ini adalah antara alasan yang kukuh buat British untuk mendesak Siam dalam isu pentadbiran di Wilayah Negeri Melayu yang berjiran dan berkepentingan British di sempadan wilayah tersebut. Kemelut politik di Kelantan juga menjadi polemik kepada British waktu itu untuk terus menekan Siam.

Secara kronologi, perkaitan politik dengan kepentingan British di Kelantan berlaku seawal ketika Perang Saudara II di Kelantan di antara Raja Kampung Laut, Tuan Besar dengan Long Senik Mulut Merah pada 1838-1839. Perang saudara ini menjejaskan perdagangan British apabila kapal-kapal dagang Singapura yang berdagang di kawasan Siam dan Patani telah ditahan oleh pihak berkuasa Kelantan pada waktu itu, hingga British terpaksa menghantar delegasi yang diketuai oleh Baba Kao An dan penterjemah termasyhur waktu itu, Munsyi Abdullah telah berlayar dari Singapura ke Kelantan menyelusuri pantai Johor-Pahang-Terengganu hinggalah ke Kelantan untuk membebaskan kapal-kapal dagang Singapura itu. Ketika ini British juga mempunyai pengaruh dalam pentadbiran Siam dan perang saudara ini telah ditamatkan oleh Siam waktu itu melalui helah yang menyebabkan Raja Kampung Laut telah kalah dan diberi jawatan sebagai Raja Patani pada 1842.

Sir Henry Norman
1890 Sir Henry Norman, seorang Journalis yang kemudiannya menjadi ahli Parlimen British pada 1900 telah melawat negara-negara Timur Jauh Asia termasuklah melawat Kelantan melalui Perak-Reman menyusuri Sungai Kelantan. Beliau merupakan rakan rapat kepada Frank Swettenham yang ketika itu menjadi Residen Perak. Rakaman permasalahan Kelantan pada waktu itu termuat di pautan ini.

Perkara ini menjadi akar kepada British untuk memperkuatkan dakwaan mereka ke atas Kelantan dan menunjukkan Siam tiada fungsi khusus dalam pentadbiran di Kelantan. British dapat melihat bahawa Kelantan dan Terengganu setiap 3 tahun sekali akan menghantar BUNGA EMAS DAN BUNGA PERAK kepada Siam dan ini menunjukkan dua negeri BEBAS ini mempunyai hasil bumi yang berharga. Hal ini telah menjadikan Parlimen British semakin tertarik untuk menguasai negeri ini. Jadi mereka telah menyarankan dua negeri ini perlu diletakkan di bawah British Malaya dan menjadikan alasan permohonan pertolongan British dalam menamatkan kemelut Politik di Kelantan waktu itu. Parlimen British melalui Frank Swettenham terus berusaha untuk menakluk Kelantan dan Terengganu.

1907, setelah Pemberontakan Patani berjaya diamankan, Walter Armstrong Graham (W.A.G) telah melawat Kelantan dan menghasilkan sebuah buku bertajuk Kelantan : A  state of the Malay Peninsula; a handbook of information telah menguatkan lagi perancangan British untuk terus menguasai Kelantan kerana mereka menggunakan Proksi Duff Development Company yang telah mendapat konsesi untuk meneroka dan membangunkan 3000 ekar tanah di pedalaman Kelantan. W.A. Graham pada waktu ini merupakan seorang sejarahwan yang Pro-Siam yang sudah berlatar belakang British di bawah pentadbiran Raja Chulalongkorn, Rama V. Manakala R.W. Duff merupakan seorang bekas Superitendant Polis British Malaya yang berkhidmat di Pahang yang kemudiannya menjadi seorang ahli perniagaan. R.W.Duff mempunyai kepakaran dalam Isu Keselamatan antara Negeri Melayu Utara-Siam-British Malaya, beliau menjadi seorang pakar rujuk bebas dalam situasi pentadbiran British pada waktu itu.

Maklumat daripada dua individu membuatkan Kerajaan British di London tidak berdiam diri dalam meluaskan kuasa mereka hingga ke Malay Isthmus (Segenting Kra). Isu-isu ini juga digunakan oleh British dalam usaha mereka yang kononnya “menyelamatkan” negeri Melayu daripada Siam sebenarnya mereka tertarik dengan kekayaan di bumi Negeri Melayu Utara.

Pada 1902, Tengku Abdul Kadir Kamaruddin, telah ditahan oleh Siam dan didakwa kerana Ingkar kepada watikah Chulalongkorn. Tindakan Siam ini amat mengejutkan British, Frank Swettenham dan R.W.Duff membantah dengan keras dengan mengatakan Siam sebagai BIADAP kerana bertindak sedemikian sedangkan mereka berdualah yang telah memberi janji yang indah buat Tengku Abdul kadir namun ia ibarat menanam tebu dibibir, hanya indah khabar dari rupa. Tengku Petri, suami Tengku Abdul Kadir berjuang habis-habisan untuk membebaskan Tengku Abdul Kadir dari penjara Siam di Bangkok. Bantuan diplomatik oleh Frank Swettenham telah membuatkan Tengku Abdul Kadir tidak diperlakukan dengan teruk di Bangkok. Pada 1905, Tengku Abdul Kadir telah dibebaskan dan beliau kemudiannya telah berpindah ke Kelantan. 1904, Frank Swettenham telah bersara daripada pentadbiran British Malaya. Mungkin ini adalah tindakan terhormat daripada Frank kerana beliau berasa malu diperlakukan sebagai bidak catur oleh Kerajaan British dan Siam. Akhirnya beliau telah diberi jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya DiRaja Mauritius.

1909, Perjanjian Bangkok telah termetrai antara British dan Siam dan secara kasarnya perjanjian tersebut telah membahagikan wilayah Negeri-Negeri Melayu Utara antara mereka tanpa pengetahuan Sultan Berdaulat. Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diserap masuk ke dalam Empayar British manakala, Patani (termasuk 7 buah negeri yang baru dibentuk) termasuk dalam Siam.  Inilah kronologi akhir bagaimana Kelantan menjadi jajahan British.

Walaupun Perjanjian Bangkok 1909 ini dimeterai sesudah Frank Swettenham menjadi Ketua Residen Malaya, jalan untuk perluasan kawasan koloni British ini memang dirintis oleh Frank Swettenham. Namun pengaruh Kerajaan British lebih kuat kerana mereka mempunyai seorang Menteri dalam Kerajaan British waktu itu dan dikukuhkan lagi dengan wakil-wakil mereka dalam pelbagai jabatan kerajaan Siam.

 Mungkin kami akan sediakan satu artikel khusus tentang pengaruh British dalam pentadbiran Siam.


Kedua-dua gambar ini dirakam semasa Lawatan
Frank Swettenham ke Kelantan -+1900


Kuasa Bijih Timah
Logam ini amat bernilai pada abad ke-19 dan 20, dan eksport terbesar bijih timah waktu itu datangnya dari Semenanjung Tanah Melayu yang dikenali sebagai British Malaya. Untuk rekod, separuh dari bumi ini pernah menjadi empayar British, jadi semua hasil-hasil bumi ini dikorek keluar dan dijual kepada kuasa-kuasa besar lain sebagai produk British. Ramai yang tidak tahu waktu itu, Bijih Timah dilombong dengan berleluasa di Semenanjung terutama di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

Inilah faktor terbesar kenapa Pantai Barat Semenanjung menjadi maju berbanding negeri-negeri di Utara dan Pantai Timur. Untuk rekod juga, pada tahun 1780an sewaktu Patani dan Kedah belum dijajah oleh Siam serta British belum lagi berjaya menduduki Pulau Pinang telah berlaku satu peristiwa turning point iaitu kepada titik perubahan dalam Sejarah Bangsa Melayu di Utara Semenanjung.



Peristiwa itu adalah pemberontakan yang berlaku di Reman kerana daerah ini kaya dengan galian Bijih Timah ini. Ianya bermula Tuan Mansur dengan sokongan saudagar Bijih berbangsa Cina bernama Tan Kannurak yang mendapat sokongan daripada British pada 1780-1785 memberontak dan mengisytiharkan Reman merdeka daripada Patani. Tuan Mansur sebenarnya adalah seorang pembesar Patani yang dilantik oleh Sultan Muhammad bin Raja Bakar (1774-1785) untuk mengawasi aktiviti perlombongan yang dipelopori oleh Bangsa Cina. Namun, dia termakan hasutan Cina yang mendapat sokongan British telah isytihar merdeka dari Patani.

Hal ini membuatkan Patani menyerang Reman kerana memberontak. Dalam peperangan ini, Reman dapat bertahan kerana mendapat bantuan dariapda Cina dan Inggeris. Kesempatan keadaan ini telah diambil oleh Siam untuk menyerang Patani dan natijahnya Patani alah dalam peperangan dengan Siam pada 1785.

Kejatuhan Patani telah mendorong Siam untuk menyerang Kedah pula dan dengan bantuan Inggeris, Kedah juga kalah kepada Siam. Inggeris ternyata licik dan jahat, kepada Sultan Kedah pada waktu itu yang terdesak dengan serangan Siam telah ditawarkan bantuan oleh Inggeris untuk mengamankan Siam dengan ganjaran Pulau Pinang. Maka pada tahun tersebut, Siam tidak lagi meneruskan serangan dan membuatkan Kedah dapat ditadbir oleh Sultan Muhammad Jiwa namun Kedah telah termasuk dalam jajahan Siam. Manakala Inggeris pula telah dianugerahkan Pulau Pinang dan Seberang Prai, setelah itu ia dikenali sebagai Penang dan Province of Wesley.

Apa yang jelas disini adalah kerana ketamakan kepada perniagaan Bijih Timah, kebanyakkan negeri-negeri Utara Tanah Melayu dilanggar dan diserang. Ini adalah contoh apabila Negeri-Negeri Melayu mempunyai idealogi tersendiri, ianya wajar generasi kini mengambil iktibar. Selain dari itu, kewujudan Bijih Timah di Reman menunjukkan bahawa negeri-negeri Melayu yang berjiran dengan Patani dan Reman pastinya mempunyai lembangan bijih tersebut.

Perkara ini mungkin classified, namun semua orang sedar pada masa ini Negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan masing-masing telah mengeluarkan hasil bumi mereka ketika pentadbiran Bangsa Melayu ini di bawah Malaysia. Untuk pengetahuan, British dan Siam serta orang-orang yang berkepentingan telah tahu akan kewujudan logam berharga terutama di bumi Kelantan.

Mungkin takdir Allah s.w.t. kini, bahan galian ini telah dikuasai oleh orang Melayu sendiri, sebagai contoh di Kelantan, Bijih Besi dan Emas telah dihasilkan dengan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Negeri Kelantan pada hari ini. Diharapkan keuntungan dari khazanah ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh kerajaan negeri untuk rakyat marhaen Kelantan

Times, 1908
Duff Development Company
Hasil Emas dan Bijih Besi yang kita ketahui ini sebenarnya telah zaman berzaman diketahui oleh nenek moyang kita. Kerana itu, Siam di bawah Rama III hanya mensyaratkan kerajaan Kelantan pada suatu masa dahulu hanya perlu menghantar Bunga Emas dan Bunga Perak sebagai tanda tunduk dan taat setia kepada Siam.

Faktor ini juga membuatkan British mengetahui di sebalik tanah Kelantan ini wujud bahagian galian berharga ini. Kerana itu Frank Swettenham menyokong tindakan Patani, Kelantan dan Terengganu menghentikan penghantaran Bunga Emas dan Bunga Perak ini kerana menurut pandangannya itu adalah perbuatan kolot. Chulalongkorn pada waktu itu bersetuju dengan cadangan Frank Swettenham itu.

Keadaan ini sebenarnya menunjukkan bahawa British di bawah Frank Swettenham nampak akan potensi Kelantan ini, cuma mereka mahu merobek Bumi Kelantan pada waktu itu dengan cara yang berhemah dan gentlemen kerana itu adalah gaya Inggeris waktu itu. Mereka rela menunggu ratusan tahun, asalkan suatu hari nanti ia tidak akan melibatkan imej British. Namun mana boleh dulang menutup bangkai gajah, kelicikan dan kejahatan British telah terserlah pada masa ini. Mereka memang sudah memasang niat untuk menjarah sedari awal kaki mereka bertapak di Tanah Melayu.

R.W. Duff telah menyelinap dalam pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Utara dengan tumpuan Patani dan Kelantan telah memasang jerangkap samar untuk menjarah terus negeri-negeri ini. Taktik hide and seek pada awalnya R.W. Duff dan Frank Swettenham melaga-lagakan Tengku Abdul Kadir dengan pemerintahan Chulalongkorn, hingga jelas timbul kebobrokan Siam dan kolotnya Siam yang pada waktu itu memakai imej British mentadbir wilayah jajahan mereka.

Ugutan menganggu aliran perdagangan dengan membuat terusan di Segenting Kra dan aduan Negeri-Negeri Melayu Utara tentang salah tadbir Siam telah membuatkan Siam dan British ke meja rundingan dan berlakulah Perjanjian Bangkok 1909 dan terhasilah sempadan Semenanjung Tanah Melayu dengan Siam dari 1909 hinggalah pada hari ini.

R.W. Duff dan Sultan Muhammad IV pada waktu itu (1900) telah berjaya mengesan helah British untuk melakukan penaklukan secara total telah mengambil langkah awal iaitu dengan meneroka potensi Hulu Kelantan yang berjiran dengan Reman dan Legeh dengan kemungkinan wujud lembangan bahan galian asli yang berharga disebalik Tanah Kelantan yang bersempadan dengan Perak, Reman, Legeh dan Pahang.

Pada tahun 1905, perjanjian antara Duff Company dengan Sultan Muhammad IV telah diperbaharui dan Duff telah diberi konsesi tanah seluas 3000 ekar dengan tempoh pajakan selama 40 tahun dengan syarat-syarat yang telah dinyatakan.

Pada saat ini, Frank Swettenham telah direhatkan dari British Malaya dan telah dihantar ke Mauritius oleh Kerajaan British. Ini adalah kerana Pentadbiran Queen Elizabeth mengetahui akan hubungan Frank Swettenham dengan Raja-Raja Melayu dan mereka bimbang akan berlaku seperti mana berlaku di Sarawak yang dirajai oleh James Brooke.

1907, Walter Armstrong Graham telah melawat Kelantan dan menghasilkan satu buku yang menggemparkan Parlimen British dengan aktiviti Duff Development Company di Kelantan dan Reman. Mereka tidak berdiam diri, Duff waktu itu juga telah hilang sokongan daripada Frank Swettenham dan dia sebenarnya berasa kuat kerana mendapat sokongan daripada ahli perniagaan British di Hong Kong dan Sydney.

1908, Duff Development Company telah didaftarkan di London dengan modal berbayar sebanyak  £4,000,000 dengan secara usahasama antara peniaga dari London, Hongkong dan Sydney. Menyedari tindak tanduk Duff Development Company, wakil Kerajaan British telah memainkan sentimen Keselamatan, Politik dan Perniagaan telah membuatkan Kerajaan British sendiri mengadakan perjanjian dengan Kerajaan Siam pada 1909.

Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Bangkok 1909, yang mana isi kandungannya adalah Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah dimasukkan kedalam pentadbiran British dengan alasan Negeri Melayu harus disatukan dengan negeri bangsa mereka yang lain. Begitulah kisah kewujudan negeri-negeri ini dalam Persekutuan Tanah Melayu. Patani kekal di bawah Siam kerana isu ketuanan negeri tersebut yang tunduk kepada Siam pada 1785. Sedangkan perjanjian ini dibuat diluar pengetahuan Sultan di Negeri-Negeri Melayu tersebut.

Antara lain isi perjanjian itu adalah, Sultan tidak berhak membuat sebarang perjanjian dengan mana-mana kuasa asing tanpa mendapat nasihat dari British dan setiap perjanjian yang dibuat antara Sultan dengan pihak asing sebelum 1909 adalah terbatal. Hal ini telah membuatkan Kelantan terlibat dalam kemelut antara British dengan Duff Development Company.

Tahun-tahun berikutnya, Duff Development Company telah memfailkan saman terhadap Kerajaan Kelantan yang waktu di bawah pentadbiran British kerana melanggar perjanjian. Ekoran saman tersebut, aktiviti British juga terhenti. Melalui syarikat proksi dari China dan Jepun, Kelantan meneruskan penggalian bahan mineral berharga di beberapa jajahan dan berterusan hingga perang Dunia Kedua. Bagaimanapun, British juga turut membina kemudahan-kemudahan infrastruktur di Tumpat dan Palekbang sebagai sokongan kepada pelaburan mereka di bahagian Hulu Kelantan.

KESIMPULAN
Frank Swettenham adalah perintis kepada pengukuhan penjajahan British di Tanah Melayu dengan mereka guna dengan istilah Colonialisation. Mereka mengambil masa beratus-ratus tahun kerana mereka gentleman untuk menyerap masuk kedalam istana Raja-Raja Melayu hingga akhirnya mereka dapat menguasi bahagian-bahagian penting dalam pentadbiran yang akhirnya Sultan hanya berkuasa dalam Adat dan Agama Islam sahaja.

Frank Swettenham juga mempunyai peranan dalam memecahkan negeri-negeri Melayu Utara dari Induk mereka di Patani. Selain itu, sahabat baik Swettenham, R.W. Duff juga melicinkan lagi rancangan pemisahan dan perpecahan Patani. Seterusnya mereka mula menjarah Kelantan walaupun terikat mereka tetap menggunakan syarikat mereka yang beribu pejabat di Jepun, Hongkong atau Shanghai.

Namun, usaha mereka tidak berjaya sepenuhnya. Kini harta yang hak telah dijaga dan dipegang oleh Tuan yang Haq... Semoga kejadian 1909 tidak lagi berulang dengan adanya pemimpin bijaksana yang mengurus perbendaharaan negeri.

WALLAHUALAM.........
Credit kepada : Cactus Wangi

Monday 20 January 2014

DESTAR KELANTAN

Pendahuluan
Tengkolok, juga dikenali sebagai destar, setanjak/tanjak, bulang hulu dan setangan kepala, merupakan sejenis alas kepala tradisional Melayu yang dipakai oleh golongan lelaki!

Tengkolok diperbuat daripada kain songket panjang yang dilipat-lipat dan diikat dalam gaya (solek) yang tertentu. Pada zaman sekarang, tengkolok lebih banyak dipakai dalam majlis-majlis yang penuh adat istiadat, misalnya oleh kerabat diraja dan para hadirin dalam majlis istiadat diraja, dan oleh pengantin lelaki ketika majlis perkahwinan.

Nama Tengkolok
Mengikut Kamus Dewan (edisi ke-4), istilah "tengkolok", "destar", dan "setanjak" / "tanjak" adalah bersinonim; selain yang diterangkan di atas, perkataan "tengkolok" juga merujuk kepada "kain penutup kepala atau selubung (daripada sutera dll) yang dipakai oleh wanita", pengertian tengkolok sebagai alas kepala wanita jarang digunakan hari ini.

Akan tetapi, sesetengah pihak mengatakan bahawa tengkolok, destar, dan tanjak adalah berbeza dari segi jenis kain dan / atau ikatan walaupun sama kegunaannya, yang mana tengkolok merupakan alas kepala buatan kain bermutu yang lilitannya berlapis (tebal) dan meruncing ke atas; "destar" pula lilitannya rendah dan nipis berbanding tengkolok; "tanjak" pula lilitannya seperti tengkolok, tetapi kainnya lebih ringkas dan nipis.

Solek
Tengkolok boleh dibuat dalam pelbagai jenis bentuk dengan jenis dan corak kain yang berbeza, mengikut taraf sosial pemakainya. Nama am bagi bentuk tengkolok yang berbeza-beza itu ialah "solek".

Setiap solek tengkolok yang berbeza ini turut diberikan nama khas, misalnya: tengkolok yang dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong dalam majlis istiadat pertabalan sejak negara zaman kemerdekaan, dikenali sebagai "Solek Dendam Tak Sudah".

Setiap Raja Melayu masing-masing memakai solek tengkolok yang khusus. Misalnya, Sultan Selangor memakai "Solek Balung Raja" berwarna serba kuning emas ketika menghadiri majlis pertabalan atau hari keputeraan baginda.

Terdapat  43 jenis Tengkolok bagi Raja-Raja Melayu, tetapi edisi PPSK kita tumpukan kepada pemakaian tengkolok Orang-Orang Kelantan.

 
Tumpukan kepada Destar - Sultan Muhammad IV
Tumpukan kepada Destar : Sultan Ismail, Sultan Ibrahim dan Sultan Ismail Petra













Destar yang dipakai oleh orang kebanyakkan Kelantan

Gambar-gambar yang dikongsikan adalah mengenai Destar yang dikenakan oleh Sultan-Sultan Kelantan yang terdahulu, setiap pemakaian Destar mempunyai maksud yang tertentu dan ia bukan sekadar pakaian alas kepala semata-mata. Ia dilit dari sehelai kain dan setiap lilit membawa maksud tertentu. Termasuklah Destar yang dipakai oleh orang kebanyakkan.

Dari selidikan bersama Cactus Wangi, kami telah menyediakan maklumat beberapa jenis Destar yang dipakai oleh orang-orang Kelantan dahulu dan kini. Ia seperti berikut:

  1. Destar Setangan Isih
  2. Destar Ketam Budu
  3. Destar Bulang Hulu
  4. Destar Sudu Itik
Destar Setangan Isih


Kelantan Darul Naim adalah sebuah negeri yang kaya dengan budaya termasuk seni lipatan destar yang dinamakan Setangan Isih dan banyak dipakai oleh rakyat biasa dan juga dalam persembahan Mak Yong. Iaitu sejenis persembahan tradisional merangkum penceritaan, nyanyian dan tarian.

Destar Ketam Budu



Destar ini digunakan oleh pembesar Negeri Kelantan. Warna destarnya hitam dengan bersulam benang emas. Destar ini dan destar lain seperti Destar Panglima Raja dan Paduka Raja menutupi seluruh bahagian kepala. Ikatan jenis ini adalah asas kepada semua jenis ikatan destar di Alam Melayu sejak beratus tahun dahulu. bentuknya berupa layar sebuah perahu masyarakat melayu.

Destar Bulang Hulu


Setiap perguruan silat mempunyai ciri-ciri perbezaan dari sudut ikatan kepala. Bulang Hulu merupakan salah satu ikatan destar yang kerap dipakai oleh pesilat di Negeri Kelantan. Bentuk asasnya amat ringkas dan bersesuaian dengan kelincahan dan ketangkasan pesilat.

Destar Sudu Itik


Destar jenis ini lazimnya dipakai oleh perguruan silat. Ia popular sewaktu zaman pemerintahan Sultan Tajuddin di Kedah. Adalah difahamkan, jenis destar jenis ini diadaptasikan daripada ikat kepala masyarakat Jawa sewaktu lawatan Baginda ke sana.

Sumber : Saudagar Tekua dan Cactus Wangi.

Thursday 16 January 2014

SIAPA R.W. DUFF?

Pendahuluan
Company Duff amat popular di Kelantan kerana dalam catatan awal kurun ke-20 nama ini sangat dominan dalam catatan imperialis. Buku Kelantan : A state of the Malay Peninsula; a handbook of information yang ditulis oleh Walter Armstrong Graham (W.A. Graham) pada 1908 banyak memuatkan tentang peranan syarikat ini dalam pembangunan di Kelantan. Berdasarkan kepada buku tersebut dapat kita ketahui bahawa Duff Company adalah syarikat asing pertama yang beroperasi dengan skala yang besar di Kelantan dengan terlibat dalam bidang agrikultur dan perlombongan. Namun, kita tertanya-tanya siapa di sebalik nama Company Duff ini.

Kerjaya
Berdasarkan kepada catatan Sir Hugh Clifford dalam satu laporan bertajuk Journey in The Malay States, Terengganu and Kelantan 1896 :
“My party consisted of Mr. R. W. Duff; the Superintendent of the Pahang Police Force, forty Dyaks, eight Sikhs, and an irregular force of two hundred and fifty Pahang Malays. Dr. A. B. 'lesser Coope, Residency Surgeon of Pahang, also accompanied the expedition as medical officer.”

Berdasarkan kepada catatan ini, terbukti R.W. Duff adalah seorang Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu berpangkat Superintendent. Waktu itu, beliau bertugas di negeri Pahang. Selaku seorang Polis yang berpangkat tinggi, pastinya beliau senang mendekati pemerintah negeri-negeri Melayu termasuklah di Kelantan. 

Sir Robert William Duff
Carian lanjut melalui internet mengenai profile beliau agak sukar kerana tidak banyak di ketahui tentang peribadi beliau berikutan carian nama R.W. Duff bertembung dengan satu nama yang sama tetapi profile sosok orang tersebut menyatakan tentang seorang individu yang bernama Robert William Duff (Sir), Gabenor New South Wales, Australia (1893-1895) walaupun nama sama, kami percaya, mereka adalah dua orang yang berbeza kerana Sir RW Duff ini meninggal dunia pada 1895.

Carian dalam JMBRAS Volume 45, 1972, menyatakan nama Robert William Duff sama dengan nama Gabenor New South Wales itu dan ini membuatkan sosok R.W. Duff di Malaya menjadi misteri, seolah-olah ada konspirasi tersembunyi.... 

Jelas disini bahawa, R.W. Duff yang menjadi Supritenden telah lama berkhidmat di Malaya dan beliau berasal dari kalangan keluarga DiRaja British yang mempunyai perkaitan rapat dengan pentadbiran Sir Frank Swettenham dan Sir John Anderson sebagai Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Sultan Muhammad IV
Politik
Pengaruh R.W. Duff ini juga meluas di mana beliau memainkan peranan dalam politik pemerintah di Negeri-Negeri Melayu Utara (Kelantan, Jala, Patani, Legeh dan Reman) kerana menyedari potensi negeri-negeri terpencil ini dan ketika itu kawasan utara semenanjung berdepan dengan masalah politik terutama di Patani dan Kelantan. Beliau juga mempunyai hubungan rapat dengan Kementerian Dalam Negeri Siam di bawah pentadbiran Putera Damrong kerana beliau waktu itu adalah seoranga Pegawai Polis British berpangkat Superintendent yang memantau Negeri Pahang-Terengganu-Kelantan.

Pada tahun 1900, R.W. Duff telah menamatkan perkhidmatan beliau dalam Pasukan Polis British dan menjadi seorang ahli perniagaan dengan menubuhkan Duff Syndicate pada tahun 1900. Pada tahun ini juga Duff telah menandatangani perjanjian konsesi untuk membina jalan keretapi hingga ke Kota Bharu pada 10 Oktober 1900 dengan Sultan Muhammad IV.

Duff sebenarnya mengambil peluang atas Perjanjian British-Siam 1897 yang isi kandungannya adalah pihak Siam tidak membenarkan kuasa imperialis lain membuka koloni di wilayah-wilayahnya dan British akan membantu Siam mengimbangi kuasa-kuasa besar dari mengancam kedaulatannya.

Sultan Muhammad IV pada waktu itu diberi hak autonomi untuk mentadbir Kelantan telah mula mengorak langkah untuk menjadi sebuah negara moden seperti Pulau Pinang, Bangkok, Johor dan Singapura. Pelawaan Duff tidak dapat ditolak oleh Sultan Kelantan dan termetrailah perjanjian Konsesi Kelantan dan Duff Syndicate.

Duff di Patani
Ketika Sindiket Duff aktif, Patani sedang bercakaran dengan Bangkok. Tengku Abdul Kadir Kamaruddin telah mendapatkan pandangan daripada Duff selaku seorang warga British yang berpengaruh dalam pentadbiran dan keselamatan ketika mahu melancarkan pemberontakan pada Oktober 1901.

Duff ketika itu baru menjalankan aktiviti perniagaan memberi cadangan agar Tengku Abdul Kadir Kamaruddin menagguhkan pemberontakan itu dan menggunakan kaedah undang-undang melalui Mahkamah. Lagipun, peperangan akan menjejaskan banyak aspek kehidupan dan ekonomi rantau tersebut. Duff menyarankan agar Tengku Abdul Kadir membuat petisyen melalui Mahkamah untuk dimajukan kepada Kerajaan British mengenai masalah yang dihadapi beliau.

Selain itu, R.W. Duff juga menjadi pakar rujuk kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengenai keadaan di Selatan Siam ketika itu, memandang beliau amat arif tentang keadaan politik di wilayah tersebut. Ini menunjukkan bahawa Duff sememangnya seorang yang berpengaruh di wilayah Melayu utara Semenanjung. Pengaruh beliau ini telah membolehkan beliau memonopoli sektor ekonomi di wilayah tersebut.

Dalam masa yang sama, Sindiket Duff mula membawa kemudahan dan peralatan untuk memulakan kerja-kerja melombong di Ulu Kelantan, Reman, Legeh dan Jala.

Kegiatan
Seperti yang kita maklum, Sindiket Duff ini adalah satu organisasi yang terancang untuk menjarah hasil bumi Kelantan. Untuk meningkatkan lagi modal dalam Sindiket ini, Duff telah menjenamakan semula organisasi beliau kepada nama Duff Development Syndicate dan mendaftarkannya di London dengan modal sebanyak £400,000 pada 1908.

Kegiatan syarikat ini di Kelantan dijalan secara usahasama dengan perkongsian modal di mana, Kelantan menyediakan kawasan dan Syarikat Duff akan meneroka kawasan tersebut. Antara isi perjanjian usahasama antara Duff Development Syndicate dan Kerajaan Kelantan adalah seperti berikut:


  1. Duff Company diberi dua daerah pedalaman untuk diusahakan.
    Pertama, dari Kuala Kusial hingga ke Kuala Sitom iaitu hingga ke punca Sungai Kelantan di Hulu Kelantan dan kemudiannya hingga ke sempadan Legeh dan Perak.
    Kedua, dari Kuala Lebir hingga ke punca sungai di Kuala Ampul hingga ke perbatasan Kelantan-Pahang dan ianya merangkumi Sungai Lebir hingga ke Kuala Bong yang juga punca sungai Lebir.
    Luas keseluruhan konsesi yang diberikan kepada Duff adalah sebanyak 3000 Ekar daripada jumlah estet di Kelantan pada waktu itu sebanyak 3740 ekar.

    Mengikut perjanjian ini, Duff Company dengan kuasa Sultan telah diberi hak untuk menjalankan kerja-kerja yang telah dipersetujui selama 40 tahun dan tiada sebarang syarikat dibenarkan beroperasi dalam kawasan konsesi yang telah diberi kepada Duff Company,
  2. Duff Company dikehendaki membayar sebanyak $20,000  kepada Kerajaan Negeri untuk memulakan kerja-kerja perlombongan dan pertanian di kawasan konsesi yang telah dipersetujui oleh kedua pihak.
  3. Sultan Kelantan diberi 1 saham setiap 25 saham dalam Syarikat Duff yang bernilai £400,000. Modal untuk pemilikan saham ini dibayar oleh R.W.Duff sendiri dan pihak Kerajaan Negeri akan menerima keuntungan pelaburan mengikut jumlah saham yang dimiliki.
  4. Setiap logam berharga seperti Emas, Timah, Perak atau Berlian atau lain-lain Batu Permata yang ditemui dan kayu balak yang dikeluarkan dari dua kawasan tersebut, Robert William Duff telah bersetuju untuk membayar cukai sebanyak 1/20 atau 5% nilai mineral yang ditemui itu sama ada dengan duit atau bahan galian yang ditemui itu. Bagaimanapun, Duff tidak berhak ke atas Gajah, Gading, dan Rotan dalam kedua daerah ini dan Duff serta para pekerjanya tidak boleh memiliki haiwan dan tumbuhan tersebut.
  5. Robert William Duff juga bersetuju membayar cukai sebanyak 5% atas pokok-pokok komersial yang ditanam di kedua-dua daerah tersebut.
  6. Duff juga harus menghormati penduduk di kedua-dua daerah tersebut, sekiranya berlaku sebarang perlakuan jenayah, beliau atau syarikat harus merujuk kepada Mahkamah Polis Kelantan dan Duff tidak berhak membawa kes jenayah ke luar dari Kelantan. Pihak Kerajaan akan bertindak menangkap orang-orang yang melakukan keselahan jenayah dalam kedua-dua daerah tersebut.
  7. Bermula tarikh kuatkuasa surat perjanjian itu, hingga 15 bulan kemudiannya, akan terbatal sekiranya Robert William Duff atau wakilnya tidak memulakan kerja-kerja konsesi tersebut. Pihak Kerajaan juga akan menarik balik tanah yang telah diberikan tersebut.
Perjanjian British-Siam 1909
Aktiviti Duff Development Syndicate di Utara Semenanjung Tanah Melayu mendapat perhatian yang mendalam oleh pihak British dan Siam kerana dua kerajaan ini  menganggap Duff sedang mengeksploitasi keadaan bergolak di negeri-negeri Melayu tersebut, 

British telah memberi kata putus kepada Siam untuk British mengambil alih pentadbiran negeri Kedah-Perlis, Kelantan dan Terengganu memandangkan Siam menghadapi masalah untuk mengekang kebangkitan Melayu di bawah pimpinan Tengku Abdul Kadir dari Patani. 

Pecahan negeri Melayu antara Kuasa British dan Siam telah mematahkan terus kebangkitan Melayu yang bermula 1902 dengan termetrainya perjanjian pada 1909. Di bawah peralihan pentadbiran Siam kepada British ini membuatkan semua perjanjian yang dilakukan oleh Kerajaan Kelantan dengan pihak yang tiada kaitan secara langsung dengan Kerajaan British telah terbatal dan terbubar.

Termasuklah Perjanjian Duff dengan Kerajaan Kelantan pada 1900. Pelaburan Duff di wilayah Reman, Jala dan Legeh juga terbatal kerana kerajaan itu sudah tidak wujud setelah Siam mengasimilasikan kerajaan tersebut dalam pentadbirannya. Duff Development Syndicate terbungkam dengan perjanjian baru itu.

Untuk rekod, Duff telah mengambil tindakan undang-undang menetang Kerajaan British, namun ia gagal dan pelaburannya lebur.

Pelaburan Duff begitu agresif sekali, hingga syarikat beliau telah berjaya membangunkan satu penempatan baru di pedalaman pada tahun 1900-1908 dengan insfraktuktur asas yang lengkap. Namun terpaksa ditinggalkan begitu sahaja. Puing-puing tingggalan Duff masih boleh dijumpai di kawasan Lebir dan Jeli, namun kini ianya dikelilingi hutan.Selain itu, terdapat satu tanjung di Tumpat dinamakan sempena nama beliau iaitu Tanjung Duff, selain itu, kerana kepesatan ekonomi yang dijana oleh Syarikat Duff, Kerajaan Negeri Kelantan telah membina Istana Bukit Tanah sebagai Istana Hinggap yang siap pada tahun 1910.

Kesimpulan
Robert William Duff adalah nama besar dalam sejarah moden Kelantan. Namun atas faktor double standard pemerintahan British, nama Duff ini tenggelam. Kawasan penempatannya di pedalaman Kelantan dibiar terbengkalai sedangkan Duff sudah merencana dengan teliti tentang pembangunan di kawasan tersebut. Kerajaan negeri pada waktu itu juga mengambil langkah sedemikian bagi menyaingi perubahan iklim politik dan ekonomi semasa yang kian berkembang dan keluar dari kelompok feudal seperti mana dilakukan oleh Bangkok dan Johor yang melalui transformasi ekonomi hingga gah ketika itu. Namun, kerana kemelut politik dan perencanaan jahat Frank Swettenham dengan Chulalongkorn telah menyebabkan Kelantan  kekal dengan jolokan sebagai negeri miskin.











PETIKAN DARIPADA HARI INI DALAM SEJARAH : ARKIB NEGARA MALAYSIA


Pada 22 April 1905, Kerajaan Negeri Kelantan menandatangani satu perjanjian dengan Duff Development Company. Perjanjian yang ditandatangani oleh Sultan Muhammad IV dengan Robert William Duff ini bermaksud bagi menggantikan perjanjian dan dokumen tambahan yang dibuat pada 19hb Oktober, 1900 dan 12hb Ogos, 1903.
 Melalui perjanjian ini di antara lain, Sultan Kelantan memberikan hak perdagangan tunggal di dua daerah dalam negeri Kelantan kepada Duff Company. Sempadan bagi kedua-dua daerah ini ditentukan oleh beberapa sungai iaitu Sungal Kusial, Sungai Kelantan, Sungai Sitong, Sungai Lebir, dan Sungai Galas dan sempadan-sempadan Negeri Perak, Kelantan, Pahang dan juga Wilayah Reman dan Leggeh. Adalah dianggarkan bahawa daerah-daerah ini meliputi kawasan seluas 2,500 batu persegi.
 Hak perdagangan tunggal dalam lingkungan kedua-dua daerah ini diberikan kepada Syarikat Duff untuk tujuan perlombongan, pertanian, perhutanan, hasil-hasil hutan, perhubungan melalui jalan atau jalan keretapi, penyewaan tanah untuk membina bangunan, atau memungut sewa-sewa tanah, dan apa saja aktiviti bentuk perdagangan.
 Disebutkan juga bahawa Kerajaan bebas memilih sebarang kawasan yang difikirkannya sesuai untuk tapak bangunan-bangunan kerajaan, dan juga kerajaan bebas membinajalan-jalan di dalam kawasan Syarikat untuk tujuan-tujuan pentadbiran yang akan dibuka kepada penduduk-penduduk negeri, dan Syarikat tidak akan mempersoalkan atau campurtangan dalam hak Ialulalang awam yang wujud dalam kawasan Syarikat. Syarikat berhak memonopoli dalam perdagangan arak, candu, perjudian dan pajak-gadai di daerah-daerah ini.
 Hak tunggal kerajaan negeri ke atas gading, getah asli dan rotan tidak terjejas oleh perjanjian ini tetapi Syarikat atau bagi pihaknya dibenarkan mengambil rotan untuk kegunaan sendiri.
 Syarikat juga hendaklah menerima peraturan-peraturan dan hak Kerajaan ke atas "hasil padi", "hasil nyor", dan "hasil durian". Tetapi Kerajaan akan mengecualikan Syarikat daripada royalti ke atas padi.
 Kerajaan negeri tidak akan mengenakan undang-undang baru berkaitan dengan tanah atau lombong dalam kawasan yang dimiliki oleh Syarikat kecuali yang perlu untuk melindungi kepentingan orang ramai daripada kerosakan yang diakibatkan oleh Syarikat.
 Jika Syarikat gagal untuk mengusahakan tanah tersebtit dalam masa 2 tahun, kerajaan berhak mengambil semula tanah itu dan bebas untuk memajakkan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Jika Syarikat ingin melantik pengganti dalam mengusahakan tanah ia perlu membawa kepada pengetahuan kerajaan.
 Perjanjian ini telah diakui sah oleh Putera Damrong Rajanubabh bagi pihak Raja Siam. Pada tahun 1912 konsesi yang dimiliki oleh Duff Development Company ini telah diambil alih oleh kerajaan British melalui satu persetujuan di mana Syarikat telah dibayar sebanyak £300,000 sebagai ganti rugi.
Kredit kepada : CactusWangi

Friday 10 January 2014

Ibuku.....Khadijah!


10 Januari 2014 sama dengan hari JUMAAT. Berkebetulan semalam final Pencetus Ummah. Kami hanyalah insan biasa tidak merenung seperti pemikir negara. Program Pencetus Ummah sebenarnya terbaik untuk mengubati jiwa dan hati.

Sehinggalah semalam, kita menonton siaran akhirnya. Klip ini hanyalah antara banyak klip yang menyentuh hubungan antara Ibu dan Anak. Tontonlah selalu pastinya ada keberkatan.



Thursday 9 January 2014

RAJA-RAJA PATANI SELEPAS LANGKASUKA

Pendahuluan
Unik! Itulah satu terma yang dapat kita ungkapkan tentang negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia ini. Sejarah awal Pahang, Terengganu, Kelantan dan Patani begitu samar-samar sekali. Negeri-negeri ini pernah membentuk satu empayar dikenali sebagai Langkasuka.

Lebih unik lagi, Langkasuka itu sendiri masih samar-samar kerana tiada pengkaji yang mengkhusus dalam kerajaan purba ini. Memang ada kajian dilakukan namun ia tidak didedah kepada umum. Apa yang X-Historian (pengkaji sejarah bebas)  boleh lakukan hanyalah rujuk silang dan membuat inferens, tiada bukti kukuh yang dapat mengesahkan kisah Langkasuka.

Dalam memahami Langkasuka kita boleh membuat rujuk silang dengan menggunakan Hikayat Merong Mahawangsa, Tarikh Patani dan Riwayat Kelantan. Kami di KPSK pula mengambil inisiatif membuat carian tentang buku-buku lama yang banyak tersebar di internet berkenaan Patani. Itulah kaedah terbaik yang dapat kami lakukan kerana ramai G-Historian (Pengkaji sejarah yang terkemuka) telah mengemukakan analisis mereka tentang ketiga-tiga rujukan primer yang telah dinyatakan dan dibentangkan dalam pelbagai seminar serta bengkel yang berkisar kepada ketamadunan dan sejarah bangsa Melayu.

Artikel ini adalah kesinambungan daripada Episod Patani-Kelantan yang disiarkan hujung tahun 2013.

Langkasuka-Patani
Pada masa ini, sejarah awal Patani berada dalam kesamaran dan sukar untuk di sahihkan kerana terdapat usaha penjajah (Inggeris dan Siam) menggelapkan sejarah Patani secara terancang dalam usaha mereka menguatkan hemogeni mereka dalam tahun-tahun 1900. Wajar kita ambil peringatan bahawa Patani musnah dan hampir lenyap dalam serangan Siam pada 1785 hingga Istana Cabang Tiga dibakar hangus hingga menjadi debu. Terbakarnya istana ini, membuatkan catatan sejarah di Patani turut terbakar. Namun terdapat beberapa naskhah penting seperti Tarikh Patani berjaya diselamatkan dan dibawa keluar dari Patani.

Mengikut rujukan yang dilakukan berdasarkan kepada sejarah Kedah, Patani merupakan sebahagian Langkasuka yang berpusat di Kedah, mankala Sejarah Patani menyatakan bahawa kewujudannya adalah selepas runtuhnya Langkasuka. Itu adalah maklumat dari sejarah Kedah dan Sejarah Patani, kerana adanya Tarikh Patani maka pengisahan Patani wajar mengikut sumber primer dari Patani itu sendiri.

Tarikh Patani menyatakan Empayar Langkasuka merangkumi Kedah, Patani, Kelantan, Terengganu dan Ligor. Rekod sejarah menyatakan bahawa pada tahun 75 hingga 800 masihi, Langkasuka merupakan rakan dagang bagi China, Arab, Parsi, Sriwijaya, Sailendra, Khemir dan Champa. Pemerintahan Langkasuka telah diambil alih oleh Empayar Sriwijaya (Sriwijaya Mala) pada tahun 750 Masihi. Kerana faktor kerancakan ekonomi yang berkembang pesat di Palembang, Sriwijaya telah memindahkan pusat pentadbiran ke sana dan mengabaikan Langkasuka selepas tahun 800 masihi dan menyebabkan kawasan semenanjung semakin sepi, dari sini wujudnya Patani itu.

“Sememenjak Patani-Langkasuka wujud seawal tahun 200 masihi, agama Tauhid (Samawi) yang dibawa oleh Nabi Musa alaihisalam dan Nabi Isa alaihisalam telah dianuti oleh orang Melayu Patani. Agama Islam pula telah tiba di Patani seawal tahun 750 Masihi dan menjadi saingan kepada agama Hindu, Budha dan animisme. Tarikh Patani juga menyatakan pada 658 Masihi, Syeikh Abdul Samad dari negeri Rom telah tiba di Patani untuk mengajar rakyat Patani tentang cara-cara membuat bedil...”

Bingkisan Anak Bani  Jawi

Tarikh Patani juga mengisahkan tentang Raja Antira Wangsa (Raja Indera Wangsa) telah memindahkan pusat pemerintahannya dari Kota Mahligai ke sebuah tempat yang kemudiannya dinamakan Patani. Kemungkinan kisah ini berlaku pada sekitar tahun 800 Masehi. Patani juga adalah kesinambungan daripada Empayar Langkasuka kerana raja-rajanya adalah berketurunan Sriwijaya yang kemudiannya meneruskan hubungan dengan Kerajaan Sailendra dan seterusnya Kerajaan Majapahit. Selain itu ramai ahli sejarah menyatakan Kerajaan Langkasuka berakhir setelah tiada lagi Keturunan Raja Seri Wangsa yang memerintah Patani pada abad ke-17 Masehi.

Raja Indera Wangsa merupakan cucu kepada Raja Jaya Wangsa, iaitu Maharaja Empayar Sri Wijaya (sekitar tahun 750M) yang memerintah dari Palembang. Setelah menyerang Kerajaan Langkasuka yang berpusat di Kedah, baginda telah mengahwini puteri Raja Kedah yang berketurunan Mahawangsa. Melalui perkahwinan tersebut baginda telah dikurniakan dua orang putera. Putera sulung telah ditabalkan sebagai Raja Langkasuka-Kedah manakala putera kedua, Raja Seri Wangsa memerintah di Langkasuka Timur (Jaya/Cahaya). Raja Seri Wangsa pula melahirkan putera bernama Raja Antira Wangsa atau Raja Indera Wangsa.  Dari sinilah munculnya Keturunan Sri Wangsa yang memerintah negeri Patani sehingga tahun 1649. Setakat kisah ini boleh dinyatakan bahawa Keturunan Seri Wangsa telah memerintah Patani selama lebih kurang 800 tahun.

Mengikuti analisis daripada Syeikh Kerutuk dari Tabut Jawi menyatakan Sejarah Patani terdapat dua versi iaitu:

Versi Pertama : Versi ini menyatakan Patani dibuka oleh Phya Na Tukpa yang kemudiannya memeluk Islam melalui Syeikh Syafiyuddin pada akhir 1400 Masehi. Setelah memeluk Islam Phya Na Tukpa telah menukar nama kepada Sultan Ismail Syah, mangkat dalam tahun 1530 Masehi.

Versi Kedua : Versi ini menyatakan Patani dibuka oleh Raja Indera Wangsa dan memeluk Islam melalui Syeikh Said dan ditabalkan dengan Sultan Muhammad Syah. Beliaulah seorang raja yang berketurunan Raja Sri Wangsa yang melahirkan zuriat sehingga Sultan Ismail Syah, dengan Raja Kuning (1635-1649) sebagai Raja Patani yang terakhir dari keturunan Sriwijaya-Langkasuka.

Syeikh Kerutuk juga menambah Syeikh Said dari Pasai telah mengislamkan Raja Indera Wangsa dan menukarkan nama baginda kepada Sultan Muhammad Syah. Manakala Syeikh Shafiyuddin pula datang ke Patani pada masa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1530-1564). Ketika itu raja-raja Patani sudah memeluk Islam namun pemahaman dan penguasaan pada Islam masih berkurangan. Syeikh Shafiyuddin inilah yang dikenali sebagai Tok Fiqih.




Nama Patani
Patani mendapat namanya apabila berlakunya peristiwa Raja Anthira Wangsa (Raja Indera Wangsa) memindahkan pusat pemerintahannya dari Kota Mahligai ke kawasan baru yang dinamakan Patani. Diandaikan peristiwa ini berlaku pada tahun 800 Masehi. Mengikut catatan sejarah, Patani adalah legasi daripada Empayar Langkasuka yang mempunyai pertalian darah dengan Kerajaan Sriwijaya dan Kerajaan Majapahit. Sejarahwan terkemuka menyatakan pendapat mereka bahawa pemerintahan Empayar Langkasuka berakhir setelah tiada lagi keturunan Raja Seri Wangsa memerintah Patani pada abad ke-17. 

Berdasarkan kepada genealogy (salasilah) di atas, diterangkan bahawa Raja Indera Wangsa merupakan cucu kepada Raja Jayawangsa, Maharaja Empayar Sriwijaya yang memerintah di Palembang pada 750 Masihi.  Pada tahun tersebut juga, Sriwijaya telah menyerang Langkasuka yang berpusat di Kedah. Selaku penguasa baru di rantau Nusantara, Sriwijaya berjaya menundukkan Langkasuka.

Dikhabarkan, setelah berjaya menawan Langkasuka, Raja Jayawangsa telah mengahwini Puteri Langkasuka dari keturunan Mahawangsa dan mereka telah dikurniakan dua orang putera. Putera Sulong telah ditabalkan sebagai Raja Langkasuka-Kedah, manakala Putera Kedua yang bernama Raja Seri Wangsa ditabalkan sebagai Langkasuka Timur (Jaya/Cahaya). 

Raja Seri Wangsa pula telah menitihkan Raja Indera Wangsa (Raja Anthira Wangsa) yang mewujudkan Dinasti Seri Wangsa memerintah Patani hingga 1649. Raja Indera Wangsa ini pula melahirkan zuriat yang juga pengganti beliau iaitu Raja Andhiradha Wangsa yang berkahwin dengan Puteri Raja Siggora.

Setelah kemangkatan Raja Andhiradha Wangsa, putera beliau telah menaiki takhta Patani iaitu Raja Andhiradha Dewa Wangsa. Dari sini pemerintahan Dinasti Seri Wangsa legasi Sriwijaya-Langkasuka berterusan hinggalah kepada Phya Tu Nakpa. 

Phya Tu Nakpa
Dalam riwayat lain menyebut bahawa Phya Tu Nakpa telah memeluk Islam dengan dakwah yang dibawa oleh Syeikh Syafiuddin. Setelah ditabalkan semual, Phya Tu Nakpa telah diberikan gelaran sebagai Sultan Ismail Zillullah Fi al'Alam, manakalh Syeih Syafiuddin telah diberikan pangkat sebagai Penasihat Agama kepada Kerajaan Patani dengan gelaran Datuk Seri Raja Fiqih.

Semasa pemerintahan Sultan Ismail, Datuk Seri Raja Fiqih telah diberi tugas untuk berdakwah kepada kaum kerabat dan para pembesar Patani waktu itu untuk memeluk Islam. Kemudian ajaran Islam telah tersebar dan rakyat Patani menerima Nur Islam dengan hati yang terbuka. Penduduk Patani melupakan ajaran Hindu dan melupuskan tinggalan dan amalan lama mereka. Selain itu, jawatan menteri dan pembesar telah ditukar oleh Datuk Seri Raja Fiqih dengan panggilan Orang Datuk dan Orang Kaya. Sultan Ismail pada waktu itu juga telah mengukuhkan hubungan dengan Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka terakhir (1488-1528).

Sultan Ismail telah mangkat pada 1530 dan digantikan Raja Muzaffar dan menggunakan gelaran sebagai Sultan Muzaffar Syah (1530-1564). Baginda mangkat secara mengejut setelah berjaya menawan Istana Raja Siam Ayuthia dan dimakamkan di kuala sungai Chao Phraya. Semasa Baginda Sultan mangkat, isterinya ketika itu sedang mengandungkan zuriatnya yang kemudian melahirkan seorang putera yang bernama Raja Patik Siam. 

Kemangkatan Sultan Ismail dengan perwarisnya masih dalam kandungan telah membuatkan para pembesar Patani melantik Raja Muda Patani ketika itu, Raja Mansur sebagai Raja Patani dengan gelaran Sultan Mansur (1564-1572). 

Anak Gahara
Ditakdirkan selama 8 tahun bergelar Raja Patani, Sultan Mansur telah jatuh gering hingga mewasiatkan takhta Patani harus dikembalikan kepada tuan yang berhak iaitu Raja Patik Siam anak saudara beliau yang ketika itu berumur 9 tahun. Setelah kemangkatan Sultan Mansur, para Pembesar Patani telah menabalkan Raja Patik Siam sebagai Raja Patani (1572-1573) ketika usianya masih amat muda. Para Jemaah Menteri Patani ketika itu bersetuju untuk melantik bonda saudara baginda yang bernama Raja Aishah sebagai Timbalan Sultan.

Pertabalan Raja Patik Siam ini amat melukakan hati waris-waris Patani yang lain kerana Raja Patik Siam hanyalah seorang kanak-kanak ketika itu dan paling menonjol adalah Raja Mambang, seorang anak gahara hasil perkahwinan Sultan Mansur dengan isterinya, orang kebanyakkan. Seperi episod duka dalam kesultanan Melayu yang lain, Raja Mambang juga bertindak membunuh sepupu dan ibu saudaranya sendiri kerana didorong perasaan cemburu dan sakit hati kerana merasakan hak beliau sebagai perwaris dicabuli. Dalam peristiwa itu, Raja Mambang juga turut terbunuh kerana ditikam dengan lembing oleh hulubalang Istana Patani waktu itu.

Kemangkatan Raja Patik Siam dan Raja Aishah pada 1573 membuatkan Jemaah Menteri Patani bersidang dan menabalkan Raja Bahadur, sebagai pewaris yang paling layak memerintah Patani. Raja Bahadur adalah putera kepada Marhum Sultan Mansur Raja Bahadur telah ditabalkan sebagai Raja Patani dengan gelaran Sultan Bahadur Syah (1573-1584).

Sultan Bahadur Syah mempunyai seorang saudara gahara yang bernama Raja Bima. Sama seperti episod Raja Mambang dengan Raja Patik Siam, Raja Bima juga menyimpan perasaan iri hati dan cemburu kerana dia juga merasakan berhak ke atas takhta Patani. Sultan Bahadur telah ditikam dari belakang oleh Raja Bima dan dia juga turut di bunuh oleh hulubalang Istana sebelum dia sempat melarikan diri.

Raja Pelangi
Tersurat dalam Tarikh Patani bahawa Sultan Bahadur hanya mempunyai tiga orang puteri dan tidak mempuyai putera. Puteri-puteri ini  akhirnya dikenali sebagai Raja Pelangi yang juga digelar Nang Chayang yang bermaksud Raja Perempuan telah membangkitkan kegemilangan Patani di mata dunia, mereka adalah:


  • Raja Hijau (1584-1616) menaiki takhta menggantikan ayahandanya yang mangkat ditikam Raja Bima. Tidak lama memerintah Patani, Raja Hijau telah mangkat dan digantikan oleh adindanya Raja Biru.
  • Raja Biru (1616-1624) di era pemerintahan beliau, Patani berada dikemuncak kegemilangan dengan berhubung secara terus dengan kuasa-kuasa asing dari Barat dan mempunyai artileri terhebat di Asia Tenggara iaitu Meriam Sri Patani dan Sri Negara. 8 tahun kemudian, Raja Biru mangkat dan digantikan oleh adindanya iaitu Raja Ungu.
  • Raja Ungu (1624-1635) dijodohkan dengan Sultan Pahang yang bernama Sultan Abdul Ghafur Mahiuddin (1592-1614) sebagai usaha Patani mengukuhkan hubungan diplomatik dengan Empayar Johor-Pahang-Riau-Lingga waktu itu. Perkahwinan mereka telah melahirkan seorang puteri yang diberi nama Raja Kuning. Raja Ungu telah mangkat pada 1635 dan digantikan oleh anakandanya.
  • Raja Kuning (1635-1649), mengikut kisah lisan dari penduduk setempat Patani, di era pemerintahan beliau Patani menghadapi masalah dalaman yang teruk kerana suami kepada Raja Kuning yang berasal dari kerabat Johor telah gila bayang dengan seorang penari Istana waktu itu dan dipercayai terkena Ilmu Hitam.
Selepas tahun 1649, Patani diperintah oleh Raja-Raja dari Dinasti Kelantan yang berketurunan Islam Champa dan berakhirlah pemerintahan Patani dari Legasi Langkasuka-Sriwijaya.

Kesimpulan
Patani adalah sebuah kerajaan legasi yang berkesinambungan dari Kegemilangan Empayar  Langkasuka dan Kebangkitan Sriwijaya. Dalam pengkajian sejarah mainstream hari ini, dua Empayar silam ini masih hangat diperdebatkan. PPSK juga tidak ketinggalan untuk memperdebatkan dua kerajaan silam ini kerana ia adalah warisan daripada Bangsa Melayu yang gemilang. Kami akan lanjutkan pengkajian ini dengan menelusuri jiran-jiran empayar silam Langkasuka dan Sriwijaya untuk mengelakkan unsur pesimistik dalam memahami struktur dan kegemilangan dua kerajaan tersebut. Sekian dahulu dari kami.



Artikel seterusnya : SIAPA R.W. DUFF??
Robert Willliam Duff 

















Credit kepada : Cactus Wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...