SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Tuesday 19 November 2013

Sultan Yahya Petra 1960-1979

Almarhum Sultan Yahya Petra
Al-Marhum Tengku Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim (10 Disember 1917 – 29 Mac 1979) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang keenam.

MASA AWAL
Diputerakan di Istana Balai Besar, Kota Bharu, Tengku Yahya Petra menerima pendidikan agama semasa zaman kanak-kanak ketika baginda dibesarkan oleh ayahanda saudara Baginda, Sultan Ismail. Tengku Yahya Petra menerima pendidikan awal di Sekolah Francis Light, Pulau Pinang ketika berusia 14 tahun. Selepas empat tahun menuntut di sekolah ini, Almarhum Sultan Ismail menghantar baginda menuntut di England pada 1934.

Baginda berkahwin dengan Tengku Zainab binti Tengku Muhammad Petra ketika berusia 22 tahun pada tahun 1939. Pasangan diraja ini dikurniakan seorang putera dan enam puteri. Putera tunggal Tengku Yahya Petra ialah Sultan Kelantan ke-28, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra. Empat orang puteri Baginda ialah Yang Mulia Tengku Mariam, Yang Mulia Tengku Rozan, Yang Mulia Tengku Salwani dan Yang Mulia Tengku Rohani.

KERJAYA
Tengku Yahya Petra dianugerahkan gelaran Tengku Temenggong dan Darjah Kerabat Yang Sangat Dihormati (D.K.) oleh Almarhum Sultan Ismail pada 21 Julai 1939. Untuk membiasakan diri, baginda dengan hal ehwal yang berkaitan dengan pentadbiran, Tengku Yahya Petra telah dilantik untuk memegang pelbagai jawatan utama dalam kerajaan negeri. Baginda ialah Timbalan Presiden Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan antara 1941 hingga 1947. Pada 2 April 1944, S.P.B. dilantik sebagai Penolong Ketua Pegawai Kewangan Negeri dan pada 6 Februari 1945, Baginda dilantik sebagai Pegawai Daerah Kota Bharu. Pada 1945 S.P.B. Tengku Yahya Petra dilantik sebagai Tengku Bendahara oleh ayahanda baginda, Sultan Ibrahim. Tengku Yahya Petra menjadi Presiden Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu pada 1 Januari 1948 hingga 31 Disember 1953.

Semasa menjadi Tengku Mahkota, baginda turut terlibat sama dalam hal ehwal kerajaan negeri dan mengambil berat kebajikan rakyat. Semasa pemerintahan baginda (1948 – 1960), negeri Kelantan berada dalam keadaan darurat dan baginda tetap memberanikan diri dengan melawat kampung-kampung di kawasan pedalaman Kelantan.

NAIK TAKHTA
Tengku Yahya Petra ditabalkan sebagai Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Kelantan pada hari Ahad, 10 Julai 1960, dengan gelaran “Sultan Yahya Petra”, untuk menggantikan ayahanda baginda, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Muhammad IV. Pada 6 Oktober 1966, Sultan Yahya Petra menjadi Kolonel Briged Artileri Malaysia.

Pada 22 Julai 1970, Sultan Yahya Petra dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong oleh Majlis Raja-Raja. Istiadat mengangkat sumpah diadakan pada 21 September 1970. Kemudian pada 19 Jun 1975, Majlis Raja-Raja memilih Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Semasa pemerintahan Baginda sebagai Yang di Pertuan Agong, anakanda Baginda, Dulia Yang Maha Mulia Tengku Ismail Petra menjadi Pemangku Sultan.
Sultan Yahya Petra mangkat ketika masih menjadi Yang di-Pertuan Agong, iaitu pada 29 Mac 1979.

ANUGERAH LAIN
Pada 5 Jun 1952, Tengku Yahya Petra menerima Order St. Michael dan St. George (C.M.G.) daripada Ratu Elizabeth II dari England.
Ketika negara meraikan sambutan ulang tahun pertama Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, Tengku Yahya Petra telah dilantik menjadi Seri Maharaja, menerima Darjah Tertinggi Tanah Melayu, Seri Mangku Negara (S.M.N.) daripada Yang di-Pertuan Agong Pertama, Seri Paduka Baginda Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Sultan Yahya Petra juga menerima Darjah Kerabat yang lain-lain, antaranya:
1961: Darjah Kerabat Yang Sangat Dihormati dari Brunei
1964: Darjah Kerabat Terengganu
1966: Darjah Kerabat Selangor
1969: Darjah Kerabat Kedah.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...