SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Tuesday 19 November 2013

Sultan Muhammad V 2010

Sultan Muhammad V
KDYMM Sultan Muhammad V
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke-V (lahir 6 Oktober 1969) adalah Sultan Kelantan ke-29, yang dimasyurkan pada 13 September 2010 bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah. Sebelumnya baginda bergelar Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra, merupakan putera sulung Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra dan Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid. Baginda mempunyai 3 orang adinda iaitu Yang Amat Mulia (Tengku Mahkota) Tengku Muhammad Faiz Petra lbni Sultan Ismail Petra, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra lbni Sultan lsmail Petra, dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A’ishah Putri lbni Sultan lsmail Petra.

Timbalan Yang di-Pertuan Agong
Pada tanggal 13 Disember 2011, Sultan Muhammad ke-V telah dilantik memegang jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Dalam pada itu Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Kedah pula dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14. Istiadat mengangkat sumpah jawatan dijalankan di Istana Negara Kuala Lumpur.

Tengku Mahkota
Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra telah ditahktakan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985. Pada 24 Mei 2009, baginda kemudian dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan, setelah ayahanda baginda Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra mendapat rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Pendidikan dan kerjaya
Baginda mendapat pendidikan awal di Kota Bharu, Kelantan dan di Kuala Lumpur dan seterusnya di Oakham School Rutland, England sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Kajian Diplomatik di Kolej St. Cross dan Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.
Baginda juga turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan dan juga aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan. Baginda telah dilantik sebagai Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigedier Jeneral (Kehormat).

Istana Kubang Kerian
Pada 2 Jun 2009, dilaporkan kontrak menyelia dan membekal peralatan istana Kelantan termasuk pemasangan lampu ‘berjerabu’ di istana di Kubang Kerian mencecah harga jutaan ringgit dan tidak munasabah. Tengku Mahkota Kelantan mengambil inisiatif sendiri untuk ‘menyiasat’ bagi mengambil maklum mengenai tuntutan RM39 juta dari 2006-2008 terhadap beberapa agensi kerajaan negeri.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...