SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Monday 18 November 2013

Sultan Muhammad II 1837-1886

Nama asal baginda ialah Long Senik Mulut Merah dan menggunakan gelaran Sultan Muhamad II. Baginda merupakan anak Tengku Temenggong Aria Pahlawan Long Tan bin Paduka Seri Sultan Long Yunus dan menantu kepada Engku Long Seri bin Tengku Sri Maharaja Perdana Mantri Long Gafar. Pada 1844 Istana Kota Bharu (kemudiannya dikenali sebagai Istana Balai Besar pada zaman Sultan Muhamad IV) telah dibina. Pada masa pemerintahannya juga menyaksikan peningkatan pengaruh Siam, ia dipercayai ada hubung kait dengan cubaan bagi mendapatkan pengiktirafan Siam terhadapnya sebagai pemerintah Kelantan.

PERGOLAKAN MEREBUT TAKHTA
Apabila Baginda Sultan Muhammad I mangkat dengan tidak mempunyai keturunan dan hanya mempunyai 2 orang anak angkat iaitu Long Senik Mulut Merah (Sultan Muhammad II) dan Long Bongsu yang kedua-duanya adalah merupakan putera kepada Long Hitam@Long Tam Bin Paduka Sri Sultan Long Yunus bergelar Raja Temenggong Aria Pahlawan. Berlaku pertikaian tentang siapa yang berhak mewarisi takhta, dan pihak yang terlibat ialah:
  • Raja Bendahara Banggul (Phraya Banggul/Phra Bidaksha) Long Jenal bin Paduka Sri Sultan Long Yunus, putera paling tua diantara anak Long Yunus yang masih hidup pada waktu itu.
  • Raja Kampung Laut Long Muhammad (Tuan Besar/Phra Bandara) bin Raja Muda Ismail, putera kepada Raja Muda Kelantan Long Ismail. Raja Muda Long Ismail mangkat pada tahun 1838.
  • Long Senik Mulut Merah bin Raja Temenggong Aria Pahlawan Long Tan (putera angkat dan putera saudara Sultan Muhammad I)

Walaupun telah diiktiraf sebagai Sultan oleh Siam, Sultan Muhammad II masih curiga di atas kehadiran Tuan Besar dalam politik Kelantan. Baginda menganggap Tuan Besar sebagai pencabar utama terhadap kedudukannya sebagai Sultan kerana hubungan rapat Tuan Besar dengan Long Jenal, musuh politiknya. Pada pendapat Sultan Muhammad II,selagi Tuan Besar tidak disingkirkan dari Kelantan maka selama itu kedudukan baginda di atas takhta belum kukuh. Justeru, tidaklah hairan Sultan Muhammad II mengetepikan Tuan Besar daripada memegang sebarang jawatan penting dalam kerajaan. Walaupun ada ura-ura untuk melantik Tuan Besar sebagai Raja Bendahara namun tidak ada bukti menunjukkan bahawa jawatan itu pernah ditawarkan kepada Tuan Besar secara rasmi. Sebaliknya, sepanjang tempoh pemerintahan Sultan Muhammad II, jawatan itu dipegang oleh mereka yang bukan daripada kalangan kerabat diRaja. Di samping itu, hak Tuan Besar ke atas Kampung Laut juga dikatakan telah dihapuskan oleh Sultan. Keadaan ini akhirnya mencetuskan penentangan bersenjata secara terbuka di antara Sultan Muhammad II dengan Tuan Besar.

Di dalam buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi ke Kelantan yang diterbitkan pada tahun 1838, Munshi Abdullah menceritakan bagaimana keadaan perang saudara ini. Semasa di Kelantan, Munshi Abdullah berpeluang untuk tinggal di kem tentera Raja Bendahara Banggul Long Jenal. Raja Bendahara dan tenteranya terlibat dalam pengepungan panjang terhadap kubu Raja Kampung Laut, yang merupakan salah seorang pesaing lain untuk takhta selepas kemangkatan Sultan Muhammad I. Beliau memerhatikan proses peperangan feudal Melayu dari dekat. Setiap hari, tentera Raja Bendahara akan menembak musket (senapang) mereka ke arah kubu Raja Kampung Laut. Raja Kampung Laut kemudian akan membalas dengan peluru sahaja dari senapang sendiri. Sehingga tengah hari, kedua-dua pihak telah letih dan lapar, jadi mereka akan berhenti untuk makan tengah hari. Pertempuran itu kemudiannya akan disambung semula sekitar tengah hari untuk satu atau dua jam, selepas itu ia adalah masa untuk minum teh. Gencatan senjata telah dipanggil dan kedua-dua pihak akan behenti dari medan pertempuran mereka dan menyambung semula konflik keesokan harinya. Dan pengepungan terus berjalan. Abdullah terkejut dengan kekurangan disiplin, koordinasi dan tujuan di dalam konflik ini nampaknya sia-sia. Jika Raja Kampung Laut dan Raja Bendahara benar-benar mahu merebut takhta, kenapa tidak mereka berperang secara terbuka seperti askar yang sebenar, dia bertanya? Jika Raja Bendahara benar-benar mahu untuk mengusir Raja Kampung Laut, mengapa tidak dia memerintahkan sebuah terowong yang digali di bawah benteng dan meletupkan kubu itu? “Ah, jika saya telah berbuat demikian, maka saya mungkin membunuh beberapa orang dalam kem Raja Kampung Laut itu. Anda tahu, kita kenal antara satu sama lain dan tentera kita kenal antara satu sama lain. Ia akan menjadi kurang sopan dan tidak wajar untuk memulakan satu pertumpahan darah di mana kedua-dua belah pihak akan mengalami kerugian, “begitu jawapan Raja Bendahara. Abdullah menggeleng-gelengkan kepalanya lagi dengan perasaan tidak percaya, dan meninggalkan kem itu dengan rasa kekeliruan dan rasa meluat.

Kedua-dua belah pihak telah meminta pihak berkuasa Siam untuk campur tangan supaya menyebelahi mereka. Pada pertengahan tahun 1839, Phraya Phipath telah menghantar wakilnya ke Kelantan untuk mendamaikan konflik yang berlaku di antara kedua-dua pihak tetapi gagal. Pada 7 Julai 1839, Siam sekali lagi telah menghantar misi damai tetapi kali ini kedatangan misi itu telah disertai sebilangan anggota tentera Phraya Chaiya. Ketua misi itu telah memaksa kedua-dua pihak itu supaya berhenti berperang dan pergi ke Songkhla untuk menyelesaikan masalah masing-masing. Berikutan tekanan itu kedua-dua pihak berangkat ke Songkhla. Bagaimanapun, Tuan Besar telah diminta oleh Gabenor Songkhla pergi ke Bangkok untuk berunding dengan Raja Siam, Rama III (1824-51) mengenai masalah tersebut.

Dalam peristiwa tersebut pihak Siam lebih menyokong Sultan Muhammad II. Semasa Pemergian Tuan Besar ke Bangkok, Sultan Muhammad II, dengan disokong oleh Phraya Chaiya, telah melancarkan serangan ke atas kubu Tuan Besar dan menjelang bulan Ogos 1839, Sultan Muhammad II telah berjaya menumpaskan penentang-penentangnya.

Di Bangkok, Tuan Besar telah ditawarkan oleh Rama III jawatan sebagai Raja Patani sebagai satu penyelesaian politik terhadap masalah di Kelantan.Tawaran itu dibuat berikutan berlakunya kekosongan jawatan Raja negeri di Patani selepas Nik Yusuf, raja Patani, dilantik sebagai Raja Jering. Pada peringkat awalnya Tuan Besar agak keberatan untuk menerima tawaran itu tetapi setelah melihat kuasanya sebagai Perdana Menteri telah berkurangan dan ramai pula pengikutnya yang berpaling tadah, maka tawaran itu telah diterimanya. Pada pertengahan tahun 1842, Tuan Besar bersama pengikut-pengikutnya yang setia telah berangkat ke Patani. Dengan itu terdirilah wangsa Tuan Besar di Patani. Long Senik berjaya menyingkirkan bapa saudaranya Long Jenal dari takhta Kelantan pada tahun 1837 dan menaiki takhta dengan gelaran Sultan Muhammad II.

KELUARGA
Mempunyai 4 orang isteri iaitu:
  1. Sultanah Batoh [To’] binti Tuan Long Yusuf [Tuan Besar], Tengku Ampuan, menjadi Sultanah pada 4 Mac 1877, puteri bongsu kepada Y.M. Tuan Long Yusuf ibni al-Marhum Sultan Long Yunus, dari Bukit Panjor
  2. Y.M. Engku Putri Neng binti Engku Long Sri, Raja Perempuan Gunung puteri kepada Y.M. Engku Long Sri bin Tuan Long Gaffar, Tengku Sri Maharaja Jeram
  3. Nik Embong
  4. Ku Senik Tendong, Raja Perempuan II

Mempunyai dua (2) orang puteri dan seorang (1) putera:-
(a)    Tengku Putri @ Long Sulong – berkahwin dengan Tengku Ahmad @ Sultan Tengah ibni al-Marhum Tengku Muhammad Ibni Sultan Mansur Shah I (Sultan Terengganu). Suaminya menaiki takhta Kelantan (pemangku sementara) menggantikan Tuan Long Ghaffar yang masih muda berumur 9 tahun semasa kemangkatan ayahandanya. Tengku Ahmad (Tengah) bukan putera Sultan Muhammad II, baginda adalah putera Tengku Muhammad Terengganu, menantu Sultan Muhammad II.
(b)   Tengku Putri Che’ @ Engku Na Nik (Tengku Raja Patani) binti al-Marhum Sultan Muhammad II berkahwin dengan Tengku Besar Long Puteh bin Phraya Sultan Long Muhammad (Raja Patani/Phraya Pattani II).
(c)    Tuan Long Ghaffar (Tengku Temenggong/Tengku Petra Dalam Kebun) ibni al-Marhum Sultan Muhammad II (dianggap pewaris takhta Kesultanan Kelantan yang sah bagi sesetengah sejarawan) mempunyai putera iaitu Tengku Long Ahmad (Tengku Panglima Raja) ayahanda kepada Sultanah Nora dan Sultanah Zanariah, Sultanah Johor.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...