SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Monday 18 November 2013

Sultan Muhammad I 1800-1835

Nama asal baginda Long Muhammad. Baginda merupakan putera ke-6 Sultan Long Yunus dan tidak mempunyai anak (digelar Marhum Mandul).

PEMBEBASAN KELANTAN DARI PENGARUH TERENGGANU
Kuasa Terengganu memain peranan penting di Kelantan semenjak Long Yunus meminta bantuan ketenteraan dari Sultan Terengganu untuk menyatukan Kelantan dan mententeramkan huru-hara diantara Kerajaan Kubang Labu (Kelantan Barat), Kerajaan Pengkalan Datu (Kelantan Timur) dan Kerajaan Legeh (Jeli dan Rangae di Narathiwat sekarang). Long Yunus juga telah mengahwini penari gamelan bernama Inche Tuan Jumat puteri kepada Yang Di-Pertuan Tua Terengganu Engku Tana Wangsa, abang kepada Sultan Mansur Riayat Shah I. Selepas kemangkatan Sultan Long Yunus pada tahun 1795, Kelantan telah dipengaruhi oleh Terengganu apabila Sultan Terengganu, Sultan Mansur Riayat Shah I dengan berani melantik puteranya yang ke-6 bernama Tengku Muhammad[1] yang juga merupakan menantu Sultan Long Yunus sebagai Yang Di-Pertuan Muda (Yamtuan Muda) Kelantan dan wakil bagi Sultan Terengganu untuk memerintah Kelantan. Perlantikan Tengku Muhammad juga disokong oleh Raja Patani. Keadaan ini mencetuskan tidak puas hati di kalangan putera-putera Sultan Long Yunus. Long Muhammad yang berundur kehulu Kelantan iaitu keSokor Kuala Nal dan menyuruh Long Tam pergi mendapatkan bantuan orang Cina digalas dan bantuan askar dari Kerajaan Reman di Hulu Perak untuk menyerang Tengku Muhammad dan askar Terengganu di Kota Bharu. Terengganu berjaya dikalahkan pada tahun 1800, dan Kelantan membebaskan diri dari pengaruh Terengganu dan bernaung di bawah Siam dengan menghantar bunga emas. Semasa pemerintahannya, baginda melantik adindanya iaitu Long Ismail sebagai Raja Muda. Baginda mangkat pada tahun 1835 dan pemerintahan Kelantan diambil oleh adindanya iaitu Long Jenal (Zainal) yang juga merupakan Raja Bendahara Banggul. Kelantan menjadi huru-hara selepas kemangkatan baginda akibat perebutan takhta diantara Raja Bendahara Banggul Long Jenal,Long Muhammad bin Long Ismail(Tuan Besar kampung Laut) dan Long Senik Mulut Merah. Siam telah campur tangan dengan melantik anak saudara baginda iaitu Long Senik Mulut Merah sebagai Sultan dan adinda baginda Long Jenal sebagai Yamtuan Muda Kelantan. Raja Kampung Laut, Long Muhammad (Tuan Besar) ditabal oleh Siam menaiki takhta kerajaan Patani dengan gelaran Tuanku Luang Phraya Prakdi Muhammad dan memulakan dinasti Kelantan di Pattani bagi menggantikan Dinasti Sri Wangsa yang ketiadaan waris lelaki.

KELUARGA
Oleh kerana baginda tidak mempunyai putera, baginda telah mengambil 2 orang putera kepada Tengku Temenggong Aria Pahlawan Long Tan Ibni DYTM Long Yunus sebagai anak angkatnya iaitu:
1)Long Senik Mulut Merah (Sultan Muhammad II)
2)Tengku Long Bongsu


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...