SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Tuesday 19 November 2013

Sultan Ismail Petra 1979-2010

Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) ‘Sultan lsmail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra merupakan Sultan negeri Kelantan Darul Naim ke-28. Baginda mula menaiki takhta pada tahun 1979 sehingga 14hb September 2010, menggantikan ayahanda baginda iaitu al-Marhum Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ismail Petra.

KELUARGA
Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra mempunyai dua Kekanda iaitu Tengku Rozan dan Tengku Salwani. DYMM Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid, merupakan Raja Perempuan Kelantan. Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra yang sering gering menyebabkan baginda gagal menjalankan sebahagian daripada tugas mentadbir negeri memaksa Anakanda baginda, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra di naikkan tahkta sebagai Sultan Kelantan yang baru.

Baginda dianugerahi empat orang cahaya mata iaitu Yang Teramat Mulia (YTM) Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra, kini (Sultan Kelantan), Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra lbni Sultan Ismail Petra, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra lbni Sultan lsmail Petra dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A’ishah Putri lbni Sultan lsmail Petra.
Istana baginda terletak di Kubang Kerian dan dikenali sebagai Istana Kubang Kerian.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...