SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Monday 18 November 2013

Long Yunus bin Long Sulaiman 1775-1794

Versi Mainstream

Long Yunus bin Long Sulaiman dianggap sebagai Raja Kelantan pertama yang menyatukan keseluruhan negeri Kelantan seperti sekarang. Baginda dikatakan mula menaiki takhta pada tahun 1762 dan memerintah sehingga tahun 1794.

Long Yunus turut serta dalam rombongan Long Gaffar ke Terengganu. Semasa di Terengganu Long Yunus telah dikahwinkan dengan Tuan Chik Jumat, Chik Puan Balai Dua, anak perempuan Engku Tanang Wangsa, Yang di-Pertuan Tua Terengganu. Engku Tanang Wangsa adalah pemangku raja Terengganu, kerana adiknya yang bongsu iaitu Sultan Mansur yang juga Yang di-Pertuan Kecil Terengganu masih kanak-kanak. Dengan bantuan mertuanya, Long Yunus berjaya menyatukan Kelantan yang berpecah dan ditabal sebagai Duli Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Muda Kelantan oleh Sultan Terengganu. Long Gafar yang merupakan putera raja Reman (Hulu Patani) juga banyak membantu Long Yunus. Sebagai membalas jasa di atas kesetiaannya terhadap Long Yunus, Long Gafar telah diberikan kuasa memerintah meliputi kawasan pantai bermula di Kuala Kemasin hingga ke Bukit Yong di sempadan Besut dan dianugerahkan gelaran Tengku Sri Maharaja Perdana Menteri.[perlu rujukan]

Long Yunus mempunyai beberapa orang putera iaitu Long Muhammad (Sultan Muhammad I) yang mandul, Long Ismail, Long Jenal, dan Long Tan (Tengku Temenggong Aria Pahlawan). Apabila baginda mangkat, menantunya Tengku Muhammad ditabal menaiki takhta kelantan oleh Sultan Mansur Terengganu dengan gelaran Yang Di-Pertuan Muda Kelantan pada tahun 1795. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati oleh putera-putera Long Yunus yang akhirnya mencetuskan perang saudara dan Tengku Muhammad dan angkatan Terengganu berjaya dikalahkan oleh Long Muhammad pada tahun 1800 dengan bantuan orang cina galas.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...